networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, August 28, 2015

Keahlian UMNO Ketua Perempuan Langkawi Bakal Tergugur Akibat Bawa Urusan UMNO KE Mahkamah...Soalnya Siapa Kambing Hitamkan Perempuan Ini?


Kesian sungguh dengan nasib Perempuan dari Langkawi ni..kerana nafsu haloba untuk menyaman Presiden UMNO keahliannya bakal digugurkan kerana cubaan untuk mengheret urusan UMNO ke mahkamah...

Kenapalah bodoh sangat tindakan perempuan nih...tak fikir panjang yang UMNO sudah menetapkan undang-undang penguguran keahlian parti bagi mana-mana ahli yang cuba membawa urusan parti ke mahkamah...ini dicipta dari zaman Tun Madir lagi....

Baca kenyataan lanjut dari peguam UMNO!!!

JAWAPAN HAFARIZAM BUAT ANINA YANG MENYAMAN PRESIDEN UMNO

Perwakilan Umno bahagian Langkawi, Anina Saadudin telah bertindak menyaman Dato Sri Najib bagi pihak UMNO. Mendakwa mewakili parti, memfailkan saman terhadap Presiden UMNO.

Berikut ulasan yang diberikan oleh Hafarizam, peguam UMNO terhadap saman yang dikemukan oleh Anina itu,

Hanya pegawai awam yang dilantik oleh Majlis Tertinggi sahaja boleh menyaman atas nama UMNO kepada mana mana pihak yang lain. Pegawai itu kini adalah Datuk Abdul Rauf Yusoh (Setiausaha Kerja UMNO Malaysia) dan bukan Anina binti Saadudin (wanita UMNO Langkawi).

Mengikut perlembagaan UMNO Perkara 20.7, mana mana ahli yang membawa urusan parti UMNO ke mahkamah maka keahliannya tergugur dengan sendirinya. Fasal ini dibuat merujuk kepada kes parti UMNO yang dibatalkan pendaftaran semasa era Tun Dr Mahathir.

Mengikut Akta Pertubuhan Perkara 18C, keputusan terhadap mana mana parti atau ahli ahlinya adalah hak parti dan mahkamah tidak boleh campur tangan.

Siapalah yang menjadi penghasut dan dalang menjadikan Anina ini sebagai kambing hitam dalam kes saman ini. Jelas sekali amat memalukan.

Nampaknya Anina ini tidak mengkaji terlebih dahulu akta dan peraturan yang ada dalam UMNO. Oleh itu, buat apa Anina ini bertindak sedemikian? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah semata mata mahu populariti sahaja. Hendak bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia pun tidak boleh kalau kelayakan ahli sudah tergugur.

4 comments:

Anonymous said...

pemimpin umnongok tu nabi-nabi belaka ke ....??? ahli umnongok ke yang lantik mereka jadi nabi...?????????tak boleh nak kritik sikit pun....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!...dah maksum sangat ke ..??????????

Katakana puru said...

Dia bukan bodoh! Bro, yang cow dok ayatkan dan meroyan apa hal?!. She has done her homework la!...bukan calang 2 orang this lady...Dia dah pikir masak dalam kes saman terhadap Presiden, yang cow kemut apa hal. Demokrasi la Bro..

Anonymous said...

Hello ,marah nampak? Siapa kata pemimpin UMNO tu Nabi? Kesianlah kamu ni .otak terencat ke ? Umno ada undang2 bukan parti cowboy atau parti bawah pokok.kalau ada rasa tak betul,boleh dibawa ke mesyuarat parti,buat surat bantahan ke.apa ke? Ni tidak terus2 nak saman.budak langkawi ni memang dah kena rasuk.sayangkan mahadey pun tak yahlah sokong membuta tuli je mesti ada ilmu jugak.sekarang macam mana ? Tak,pe pi jumpa mahaday nanti dia beri duit jalan2 makan angin pergi eropah ke untung2 boleh pergi korea.macam laki si umi aida tu untung dah bangkrap pun boleh makan angin kan.senang rupanya nak tipu mahadey.ni,kutuk najib buat cerita buruk2 tentang najib mesti mahadey sokong punya.siap beri voucer lagi vuocer makan2 cari angin.makan angin

Anonymous said...

Nampak tak si Anina ni masih x cukup ilmu. Nak jadi hebat bukan dengan jalan pintas dan jadi barua. Akhirnya sendiri terima padahnya.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA