networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, August 24, 2015

MCA Bantah Tema Merdeka Kontroversi Pulau Pinang!! -Akhirnya Guan Eng Buat U-Turn Guna Tema #SehatiSejiwa!!!


Selepas menerima berbagai desakan akhirnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng akur untuk menggunakan tema merdeka nasional "Sehati Sejiwa"... Sebelum ini Guan Eng mahukan negeri Pulau Pinang menggunakan tema sendiri "Bersih, Cekap, Amanah" untuk negeri Penang sahaja...

Tindakan ini mendapat tentangan hebat dari MCA melalui Presidennya, DS Liow Tiong Lai dan Timb Presiden Dr Wee Ka Siong yang mendakwa Gua Eng sengaja mempolitikkan kemerdekaan nasional...Tiong Lai dalam satu kenyataannya menyelar tindakan Guan Eng ini "Ia adalah satu hari peristiwa serius yang menandakan kemerdekaan negara dan orang ramai tidak wajar berjenaka mengenainya"




MCA antara yang paling lantang mengkritik tindakan Guan Eng yang tidak patriotik dan sengaja mempolitikkan kemerdekaan negara...perjuangan DAP bukan kita tidak tahu macamana...mereka fikir mereka sudah jadi negara..boleh lakukan sesuka hati...

Sebelum ini Jabatan Pelajaran Pulau Pinang menyiarakan tidak terlibat dengan perayaan kemerdekaan jika Penang mahu menggunakan tema kontroversi ini....Agensi lain yang menyuarakan bantahan ialah ATM dan PDRM...

Walaupun berbangsa Cina, kita dapat lihat Tiong Lai lebih patriotik berbanding Guan Eng yang mahukan tema sendiri seolah-olah Pulau Pinang sudah merdeka sebagai sebuah negara...

Bila dah terpalit macam ni tahu pula nak u turn!!!masa buat keputusan bukan main bongkak lagi...


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA