networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, August 1, 2015

#MH370 - Jangan Percaya Spekulasi..Tunggu Siasatan Selesai Tegas Menteri Pengangkutan DS @LiowTiongLai !


Masyarakat seluruh dunia dikejutkan dengn penemuam serpihan objek daripada kapal terbang di Pulau Reunion berhampiran Madagascar di Lautan Hindu pada Khamis lepas..

Bermacam-macam spekulasi wujud tentang penemuan objek ini...harapan kita ianya mengakhiri misi pencarian MH370 yang hilang Mac tahun lalu...

Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) berkata Malaysia akan menguruskan siasatan dengan bantuan syarikat Boeimg, Pejabat Siasatan dan Analisis Keselamatan Penerbangan Awam Perancis, BEA, Biro Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia...

Setakat ini, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata masih terlalu awal untuk memutuskan serpihan tersebut milik MH370...kenyataan Liow sememangnya tepat berikutan siasatan perlu dijalankan bagi membuktikan ianya benar milik MH370...

Malaysia telah mengantar satu pasukan khas ke Pulau Reunion untuk menyiasat sama ada ianya milik MH 370...dalam pada itu, Datuk Seri Liow menegaskan agar tidak membuat sebarang spekulasi berikutan penemuan objek yang mirip salah satu perkakas dari sayap kapal terbang.. 

Semua pihak diingatkan agar menunggu makluman rasmi agar ianya tidak merumitkan siasatan...tidak usahlah dilayan statement yang mendahului kenyataan rasmi dari Menteri Pengangkutan...diharapkan penemuan ini akan menyelesaikan penantian kita...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA