networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, August 2, 2015

#MH370 - Malaysia Dapatkan Bantuan Banyak Pihak Analisis Flaperon..- DS @LiowTiongLai


Menteri Pengangkutan, Dato' Sri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan media menyeru bantuan pakar dari banyak pihak di sekitar Pulau Reunion, Lautan Hindi bagi menjalankan analisis terhadap serpihan flaperon yang ditemui di kepulauan Reunion..

Setakat ini, penemuan flaperon itu secara rasminya berasal daripada sebuah pesawat Boeing 777. Perkara ini telah disahkan oleh pihak berkuasa Perancis bersama-sama pengeluar Boeing, US National Transportation Safety Board (NTSB) dan pasukan dari Malaysia yang terdiri daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) serta ICAO Annex 13 Keselamatan Siasatan Pasukan Malaysia MH370...

Dalam menjalankan analisis ini, Malaysia telah dapat bantuan daripada kuasa besar dunia Amerika Syarikat, China, Perancis dan Boeng dalam usaha menjalankan analisis mengesahkan flaperon di Toulouse..Flaperon yang dijumpai minggu lepas telah selamat diangkut melalui jalan raya ke Toulouse..

Dalam kenyatan media tersebut, Dato Seri Liow Tiong Lai menyeru semua pihak melakukan yang terbaik dalam misi ini..Ini penting demi ahli keluarga MH370 yang pastinya ternanti-nanti keputusan ini..

Liow turut mengingatkan agar semua pihak tidak membuat spekulasi dan menantikan pengumuman rasmi sebaik sahaja proses pengesahan selesai..

Sama-samalah kita berdoa agar penemuan flaperon ini merujuk kepada MH370..kasihan lihat perasaan ahli keluarga mangsa MH370..tidak dapat dibayangkan betapa sedih dan tabahnya mereka melalui saat sukar ini...semoga penantian jadi kenyataan..insya'allah

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA