networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, August 24, 2015

Nasihat Dari Seorang Ahli Parlimen UMNO Yang Mendapat Majoriti Tertinggi #PRU13!!!!


Parlimen Kota Tinggi merupakan kubu terkuat UMNO di Malaysia...ianya sahih dan telah dibuktikan pada PRU 13 apabil calonnya Datuk Ehsanuddin telah mendapat sebanyak 30,373 dengan mengalahkan calon PAS, Onn Bin Jaafar 5,799..Datuk Ehsan telah menang dengan majoriti sebanyak 24,574 dengan peratusan keluar undi sebanyak 88.00%...

Tatkala dalam keadaan genting PRU 13..beberapa orang calon favor dari UMNO telah tumbang..PRU 13 menyaksikan bekas Menteri Besar Johor tumbang di Gelang Patah...Bekas Menteri Pelajaran tumbang di Batu Pahat..dan Bekas Menteri Pengajian Tinggi tumbang di Temerloh...

Gelombang tsunami PRU 13 tidak langsung memberi kesan kepada arus sokongan Penduduk Kota Tinggi kepada Calonnya...sokongan mereka ini bukan sebarangan..ianya ada asas..dan kebolehpercayaan pengundi kepada Calon...

Memegang tanggungjawab yang digalas oleh Tan Sri Syed Hamid Albar sebelum ini..ianya merupakan tugas yang besar...apa tidaknya..legasi Syed Hamid di Kota Tinggi sangat hebat...beliau melepaskan batton kepada Datuk Ehsan dengan nama yang bersih...

Majoriti masyarakat di Kota Tinggi berasal dari FELDA..terbukti sokongan ini masih padu dari zaman Tun Abd Razak lagi...mereka ini tidak mudah diracun mindanya...ianya sebenarnya bermula daripada pemimpin..biarpun ramai pemimpin UMNO cuba jadi vokal untuk memenangi isu 1MDB..tapi Datuk Ehsan tidak menongkah arus..beliau ada cara tersendiri...

Dalam sajaknya yang terdapat di atas mencermin peribadi pemimpin ini...bait bait ayat dalam sajak di atas menceritakan betapa kita manusia jangan cepat menghukum tanpa memeriksa..dalam Islam pun kita diseru agar tidak menghukum seseorang tanpa asas...

Sebelum berkata juga kita perlu faham dan siasat dahulu maklumat...jangan nanti bila berkata hanya ibarat tin kosong.berbunyi tapi tiada isi...Usahlah jadi hero yang merosakkn parti...pemimpin ini membuktikan tidak perlu jadi vokal menentang pemimpin dalam parti untuk mendapat sokongan penuh akar umbi yang tinggi...bijak mencatur dan mesra rakyat...inilah rahsia mengapa kuasa UMNO kuat di Kota Tinggi!!!

4 comments:

hasnul rahman said...

Assalammualaikum wmt,
Ya siasat sebelum bertindak?
Atau bertindak kerana disiasat?

1. Sebelum Peguam Negara kemukakan tuduhan, pecat dulu dia dari jawatannya dan gantikan dgn orang lain yg ikut telunjuk.

2. Sebelum SPRM siapkan siasatan yg menjurus kepada mendakwa salahlaku pemimpin negara, kerahkan Polis siasat kakitangan suruhanjaya berkenaan dan akhirnya tukarkan dua orang penting yg melaksanakan tugas siasatan ke JPM. Kemudian tarik balik pertukaran.

3. Sebelum orang penting PAC buat keputusan hasil siasatan yg mungkin mendapati tertuduh (pemimpin) bersalah, rombak kabinet dan lantik empat orang penting PAC jadi menteri dan Timbalan menteri. PAC lumpuh kerana tidak cukup anggota. Hingga kini masih belum berpungsi.

Anonymous said...

Yang kuat sokong Najib bukan nampak semua itu. Menyokong membuta tuli.

Kenapa tak jawab soalan yang dikeukakan rakyat.

Nak pertahankan ketua oklah tapi harus seimbang pemikiran sebelum mengeluarkan kenmyataan.

Dul majoriti berpuluh ribu; tunggu tengok keputusan akan datang, boleh tak?

Anonymous said...

Doa kami kepada Tuhan semesta alam makin hampir termakbul sepenuhnya. Semua pekung sudah tidak terpekung lagi.. Para pengkhianat yang diterajui oleh perawan bugis makin kepanasan, sudah tidak tentu arah, Ahli umno, orang Melayu secara harfiahnya telah dibangsatkan...dikutuk sebagai anai2, gunting dalam lipatan , pengkhianat dan sebagainya. Yang menakjubkan segala masalah timbul atas perlakuan songsang si Presiden Umno itu sendiri yang bodoh sombong dalam berpolitik. Setiap hari makin terserlah sebotak-botak Najib, botak gondol lagi hatinya yang langsung tidak tertanam dengan perasaaan ehsan, tawaduk mahupun amanah. Rambut putih namun hati sehitam-hitamnya. MOga Allah percepatkanlah segala jalan penyelesaian buat Negara Islam Malaysia tercinta ini. Amin

Anonymous said...

Suruh siasat dulu, tapi yang menyiasat diberhentikan, ditukar, ditangguh, dipadam dan ditukar.

Inilah Umno sekarang, cakap tak serupa bikin. Berpuluh tahun menyokong dan mengundi Umno BN, akhirnya dirosakkan oleh Najib.

No more votes untuk Umno selagi ada Najib. Maaf, 7 undi kami dari satu bumbung akan bertukar jika Najib tidak turun.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA