networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, August 20, 2015

PANAS!!FGV Nafi Naikkan Gaji Pekerja Dan Langgar Hak Asasi Pekerja!!!


Felda Global Venture (FGV) menafikan tuduhan kononnya telah mengumumkan kenaikan gaji buruh seperti yang didakwa oleh Maybank Investment Bank..

Menurut laporan itu FGV telah bersetuju untuk menaikkan kadar gaji pekerja ladang mereka sebanyak 8-10 peratus. FGV dalam satu kenyataannya  menjelaskan tidak menaikkan gaji pekerja ladang, pekerja kilang minyak sawit, dan pekerja am yang lain berkuatkuasa 1 April 2015..

FGV menjelaskan "Bagaimanapun, kajian pelarasan gaji masih dilaksanakan dalam FGV dan sebagai entiti senarai awam, sebarang perubahan dalam dasar buruh FGV memerlukan kelulusan daripada lembaga pengarah kami"

Kenyataan balas FGV ini susulan laporan media baru-baru ini, bertajuk, Maybank IB Kekalkan Saranan 'Neutral' Ke Atas Sektor Perladangan pada 12 Ogos, 2015.

Media kontroversi antarabangsa WSJ yang sebelum ini hangat dengan siri tuduh memburukkan imej 1MDB turut menyerang FGV dengan dakwaan pencabulan hak asasi manusia di ladang.

FGV sekarang ini menggaji kira-kira 33,720 pekerja asing menjelaskan syarikat itu mematuhi syarat-syarat dasar buruh dengan mematuhi gaji minimum dan tempoh minimum 26 hari bekerja dalam sebulan..semua pekerja asing diberi hak dan keistimewaan sama seperti rakyat Malaysia...

WSJ kita sudah tahu betapa putar belitnya media ini memainkan spekulasi memburukkan imej FGV...jika hendak diikutkan banyak lagi syarikat yang mengambil tenaga buruh dari luar berbanding rakyat tempatan namu ntidak pula di highlight kan sebagai berita sensasi...

Persepsi buruk ini sengaja disebarkan bagi menimbulkan kurang senang pelabur dan persepsi dunia terhadap institusi terulung negara FGV...selaku rakyat Malaysia..kita kena lebih rasional menilai berita-berita antarabangsa yang berniat jahat memburukkan negara kita...usah mudah percara bulat-bulat laporan media..dengar sahaja media antabangsa kita terus percaya walhal niat mereka tidak baik...hanya mahu menjahanamkan keamanan di Malaysia sahaja...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA