networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, August 8, 2015

Pengesahan #MH370 - Rahmat Buat Malaysia...Usah Tanam Persepsi Negatif!!!


Pengesahan mengenai sayap pengimbang dijumpai di Pulau Reunion, Perancis baru-baru ini telah mengakhirkan penantian lebih setahun lalu...pastinya pengesahan ini melegakan semua ahli keluarga mangsa pesawat malang MH370...penemuan ini adalah permulaan untuk kita menanti penemuan objek MH370 seterusnya terutamanya Kotak Hitam..

Pengesahan ini bukan perkara yang boleh dibuat main..ia diibaratkan sebagai satu rahmat buat negara kita dan ahli keluarga mangsa..di saat pemimpin negara kita diserang dengan pelbagai fitnah..Allah SWT telah menemukan kita penantian yang dinanti-nantikan..ia adalah satu rahmat buat kita semua...

Menceritakan bagaimana pengesahan dibuat, ia diambil kira daripada ciri-ciri yang sepadan dengan rekod milik syarikat Malaysia Airlines (MAS)...

Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan berkata "Konklusi Penemuan itu tercapai apabila pasukan teknikal mendapati rekod-rekod teknikal dan penyelenggaraan MAS sama dengan flaperon yang ditemui"

Walaupun tidak ada tanda-tanda unik terdapat pada sayap berkenaan namun, Serge Mackowiak seorang pendakwaraya menganggap ianya satu 'anggapan yang kukuh' milik MH370...

Mackowiak berkata, keputusan itu adalah berdasarkan data teknikal yang dibekalkan oleh kedua-dua pengeluar dan syarikat penerbangan...

Liow turut senada dengan Mackowiak, biarpun tiada bukti yang kukuh, "pengesahan tersebut dibuat berdasarkan lokasi penemuan flaperon yang konsisten dengan corak hanyutan yang telah ditentukan oleh pasukan pakar terpilih.

"Tanpda bukti fizikal, tentu sukar untuk kita tentukan. Sekarang kita sudah menemui flaperon ini yang diharapkan dapat mendekatkan kita kepada lebih banyak penemuan seterusnya merungkai misteri kehilangan MH370" kata Liow..

Liow mengesahkan mesyuarat tiga negara Malaysia, China dan Australia akan diadakan untuk menentukan fasa pencarian seterusnya.

Setakat ini kita hanya mengetahui bahawa sayap tersebut adalah milik Boeing 777...ini antara bukti yang kukuh untuk meneruskan misi pencarian seterusnya...

Sejak dari kehilangan MH370 lagi, banyak spekulasi liar telah tersebar..ada yang mendakwa kapal disembunyikan di Diego Garcia..ada yang mendakwa ia dirampas oleh Amerika...sehingga penemuan sayap ini pun spekulasi masih lagi negatif...agaknya jika kotak hitam MH370 ditemui pun pastinya spekulasi negatif tetap tersebar...

Kita menantikan jawapan tetapi bila ada tanda-tanda penemuan kita bersifat negatif...sampai bila??

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA