networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, August 2, 2015

Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu #PABM2015 Janji Prestij Tersendiri!


Malaysia sekali lagi bakal manganjurkan acara tahunan pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) yang mana akan bermula pada 4-8 Ogos 2015...

4-6 Ogos peringkat awal dan pertandingan akhir akan dilangsungkan pada 8 Ogos 2015 di PICC Putrajaya...semua rakyat perlu ambil kesempatan menarik ini melihat sendiri bagaimana tamadun bahasa Melayu kita digunakan oleh orang seantero dunia..

Masa nilah kita nak tengok mat Saleh, orang China, dan arab cakap Bahasa Melayu..kalau didengar pidato pada tahun lepas, mereka lagi hebat menggunakan bahasa ibunda kita dari kita yang berbahasa Melayu seharian...

PABM ini telah dianjurkan sejak 2007 lagi yang mana mendapat sokongan padu oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama beberapa institusi lain, pentas PABM bakal menjadi medan oertemuan pemidato Bahasa Melayu dari seluruh dunia..

Hebat bukan!


Dijangkakan, seramai 71 peserta dari seluruh dunia bakal menunjukkan keupayaannya berpidato menggunakan bahasa Melayu!Terdapat 3 kategori dipertandingkan iaitu Antarabangsa, Alam Melayu dan Peserta Antarabangsa di Malaysia dengan melibatkan 27 juri dari pelbagai agensi antaranya pegawai Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Majlis Debat Universiti-Universigi Malaysia (MADUM).

PABM Piala Perdana Menteri bakal menjadi rebutan pemidato seluruh dunia...mampukah pemidator dari Malaysia menjadi juara dalam pertandingan berprestij ini?sama-sama kita nantikan pertarungan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) yang akan bermula 4 Ogos Ini..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA