networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, August 21, 2015

SPAD Suntik Dana Bantuan ISBSF Kepada Pengendali BAS Yang Terjejas!!!


Bagi memastikan jaringan perkhidmatan pengangkutan awam terus dijaga, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memberi bantuan kepada 172 pengendali bas henti-henti seluruh negara...

Bantuan ini merupakan Dana Sokongan Sementara Bas Henti-Henti (ISBSF) bagi meringankan beban pengendali-pengendali bas yang menghadapi kesukaran akibat peningkatan kos operasi dan pada masa yang sama dapat membantu meringankan beban pengendali bas akibat daripada laluan yang kurang menguntungkan terutamanya di kawasan luar bandar...

Sebanyak RM 10.3 juta telah diserahkan kepada wakil-wakil syarikat bas henti yang mana telah disampaikan sendiri oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Dato' Seri Dr Syed Hamid Albar bersama Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, En. Mohd Nur Ismal Mohamad Kamal...

Penyerahan ISBSF ini diharapkan dapat memberi kepuasan kepada rakyat untuk menikmati keselesaan pengangkutan awam...untuk rekod, kerajaan telah menyuntik dana ISBSF sejak 2012 lagi...

Pada bulan Ogos, RM 28 juta telah dibayar kepada pengendali bas dibawah ISBSF...sehingga kini, sebanyak RM 386.16 Juta telah diperuntukkan...

Namun dana ini hanya bersifat sementara bagi memgatasi isu pengangkutan awam...ISBSF ini akan digantikan dengan Skim Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST) yang mana akan menggunakan jenama myBas sebagai langkah bersifat jangka panjang...

Menurut Pegawai Eksekutif SPAD, EN. mohd Nur Ismal "Sepanjang pemberian dana ISBSF sejak 2012, ianya telah memberi manfaat kepada 332,232 penumpang sehari yang merentasi 656 laluan di seluruh negara..."

Ramai yang tidak tahu betapa besar peranan SPAD bagi memastikan perkhidmatan bas yang terjejas akibat kekurangan penumpang di laluan bukan tumpuan dan peningkatan kos operasi terus beroperasi...semua ini bertujuan untuk kepentingan rakyat...





No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA