networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, August 3, 2015

SPRM Sahkan RM 2.6 Billion Ke Akaun @NajibRazak Adalah Sumbangan Peribadi...

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM

HASIL SIASATAN BERKAITAN DANA RM2.6 BILION

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin memaklumkan bahawa semasa Pasukan Petugas Khas ditubuhkan, siasatan SPRM hanya memfokus ke atas isu berkaitan dengan SRC International dan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak manakala Polis Diraja Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Bank Negara Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan.

Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara. Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB.

Walau bagaimanapun, siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih berjalan oleh SPRM.

SPRM sekali memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional. Diharap semua pihak akan bersabar dan memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan  dengan menyeluruh.

Mengenai siasatan polis ke atas pegawai-pegawai SPRM, SPRM akan memberi kerjasama sepenuhnya.

SPRM mengulangi bahawa tiada pegawai SPRM yang terlibat dalam konspirasi mahu menjatuhkan Kerajaan. Tindakan yang diambil oleh SPRM adalah jelas semata-mata bagi menjalankan tugas dan fungsinya sebagai sebuah Suruhanjaya yang bebas.

Tanggungjawab SPRM adalah menjalankan siasatan berhubung kes-kes rasuah dan bukannya bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuk Kerajaan.
Sebagai Suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour dan tanpa mengira siapa yang terlibat. SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan.

SPRM menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan mengenai perkara ini selesai.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
3 OGOS 2015

2 comments:

Mohd Noor Zahrin said...

Salam mullah qadammullah...siapa kah dermawan hartawan menderma duit sebanyak rm2.6 billion masuk ke akaun najib..mustahil bank negara tak buat declaration bila najib nak pegi cucuk duit bawak keluar..mesti akaun dia kena beku sbb tak tahu sumber duit itu masuk daripada mana datangnya..dan berapa banyak income tax najib kena bayar pulak...nampak sangat pihak bank negara tak ikut prosedur sbb mesti ada rekod siapa yang bagi duit tu dan masuk dari mana duit tu datangnya..ini tetiba dalam akaun ada masuk rm2.6 billion mustahil kalau rm2.6 juta tu rakyat considerlah jugak ini rm2.6 billion..kenapa tak ambik tindakan undang-undang sbv takut di buang dari jawatan mcm pak muhyiddin..rakyat tidak boleh diperbodohkan lagi...ini dikatakan pemimipin mengikut lunas-lunas islam..jgnlah nak jadi mcm abu lahab dengan qhorun akhirnya mati ditelan oleh bumi bersama harta-hartanya...lepas tu buat muka tak bersalah fikirlah gen y ada 6 juta pengundi baru...fikirlah untuk pru 14 nanti...allah tidak akan lupa pada janji-janji dia...hanya kita aja yang lupa apa yang kita berjanji padanya...hanya allah swt yang akan membalas setiap perbuatan yang mungkar..tidak ada seorang pun pemimipin kita mengikut pemimpin islam seperti saidina umar alkhatab...ingatlah di atas dunia mungkin kita akan terlepas akan tetapi di mahkamah mahsyar kita tidak akan terlepas dari azab allah swt...ingatlah ada 7 golongan yang akan berjalan di padang mahsyar itu...benarlah kata-kata nabi muhammad saw ..barang siapa yang mengikuti ajaranku serta sunnah ku maka orang itu akan memasuki syurga bersama-sama ku...dan barangsiapa menolak ajaranku serta sunnah ku org itu tidak akan masuk ke syurga bersama-sama ku...

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA