networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, August 22, 2015

Tambang Bas Antara Bandar Diberi Diskaun 30% Bermula 1 September Ini!


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan pemberian diskaun sebanyak 30% kepada pemilik pas bulanan antara bandar bermula 1 September 2015...

Pastinya penurunan harga sebanyak 30% ini memberi sedikit kelegaan kepada pengguna bas yang bekerja di sekitar Kuala Lumpur...langkah SPAD ini juga merupakan satu galakan daripada kerajaan kepada rakyat untuk memaksimumkan penggunaan pengangkutan awam di negara ini...

Diskaun ini meliputi 3 laluan utama iaitu
  1. Seremban - Kuala Lumpur
  2. Klang - Kuala Lumpur & Rawang
  3. Kuala Lumpur termasuk laluan Bus Ekspressway Transit 5 dan 6 (BET)
Berikut adalah ringkasan diskaun harga untuk perkhidmatan bas antara bandar...


Diskaun ini tertakluk kepada pemilik pas bulanan sahaja..ini bermakna keistimewaan dan keutamaan diberi kepada pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini setiap hari yang bekerja di Kuala Lumpur atau rangkaian yang dinyatakan sebelum ini...

Bagaimana cara hendak memohon pas bulanan?

Pengguna perlu memuat turun borang permohonan di laman www.spad.com.my atau mendapatkannya di kaunter-kaunter bas yang terlibat...hanya pemilik pas bulanan sahaja akan menikmati diskaun ini...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA