networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, August 2, 2015

TERKINI : Kadar Tambang Bas Rapid Transit #BRT Yang Anda Perlu Tahu!!! @SPADChannel


Awal tahun ini kerajaan telah melancarkan perkhidmatan Bas Rapid Transit (BRT) yang mana akan memberi manfaat kepada kira-kira 500,000 pengguna di sekitar Sunway dan USJ..boleh rujuk di SINI tentang BRT...

Kelmarin kabinet telah meluluskan struktur tambang BRT..apa yang penting di sini ialah harga yang bakal ditawarkan adalah amat berpatutan dan mesra pengguna...berikut adalah kadar harga BRT dengan lebih terperinci..
“ Kabinet telah meluluskan struktur tambang yang terdiri daripada komponen tambang asas sebanyak RM0.90 dan komponen tambang berdasarkan perjalanan setiap kilometer, bermula dengan RM0.815 setiap kilometer bagi 6km pertama, RM0.513 setiap kilometer untuk perjalanan 6 hingga 12km, RM0.421 setiap kilometer untuk perjalanan 12 hingga 18km, RM0.282 untuk setiap kilometer bagi perjalanan 18 hingga 24 km dan RM0.212 setiap kilometer bagi perjalanan melebihi 24km.”
Pihak kerajaan telah mengarahkan PRASARANA Malaysia Berhad untuk memberi potongan diskaun kepada pelajar, Warga Emas dan OKU sebanyak 50%..pemberian diskaun ini sebenar merugikan PRASARANA untuk menampung kos operasi..bagi mengimbangkan parkara ini, kerajaan telah menyuntik sejumlah dana sebanyak RM 14,000,000 untuk memberi subsidi bagi perkhidmatan ini dalam tempoh 3 tahun...


Bagi menjelaskan pnetapan kadar tambang BRT ini, saya lampirkan kenyataan media dari SPAD...


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA