networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, August 15, 2015

TERKINI!!!Malaysia Lanjutkan Tempoh Pengecualian VISA Rakyat Taiwan Kepada 30 Hari!!


Dr Wee Ka Siong, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri siang tadi mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia telah memutuskan tempoh pengecualian VISA kepada rakyat Taiwan selama 30 hari..

Pengumuman ini disampaikan oleh Dr Wee semasa menghadiri Majlis Perasmian Taiwan Education Fair 2015 di Dewan Tun Hussein Onn siang tadi...

Pada masa sekarang rakyat negara itu (Taiwan), diberi pengecualian VISA selama 15 hari namun memandangkan jumlah bilangan pelancong Taiwan kian meningkat maka kerajaan memutuskan untuk menambah 15 hari tempoh pengecualian VISA kepada 30 hari...

Daripada rekod yang diterima, pada tahun 2014, seramai 274,000 orang pelancong dari Taiwan malancong ke Malaysia dengan jumlah tukaran asing lingkungan RM 700,000,000...

Pastinya keputusan ini bakal menjadi satu lagi modal pembangkang untuk memburukkan negara kita...sebenarnya keputusan ini dibuat berikutan sebagai balasan kepada kerajaan Taiwan yang mana telah memberi tempoh pengecualian selama 30 hari sejak tahun 2013 lagi...

Ia keputusan yang tepat bagi memberi banyak ruang dan peluang lebih lama kepada pelancong Taiwan untuk melancong di negara kita..dan menurut Dr Wee, mengapa keputusan ini baru sekarang dibuat?ujarnya terdapat permintaan untuk berbuat demikian...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA