networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, September 21, 2015

Bulan Haji -ALLAH SWT Tunjukkan Kebenaran FELDA Difitnah...Syukur...


Ekoran penyiaran artikel fitnah terhadap FELDA 27 November 2012 yang disiarkan di akhbar lidah Suara Keadilan, FELDA telah memfailkan saman kepada akhbar tersebut pada 7 Januari 2013 yang mana telah menyiarkan artikel bertajuk "2,000 Himpun Bantah Felda Jual Minyak Ke Israel" dan "BN Jangan Tipu Rakyat"..


Syukur Alhamdulillah di bulan haji ini, Allah SWT telah menunjukkan kebenaran dan menghukum pemfitnah dari kem Pembangkang...hari ini, Mahkamah Persekutuan Malaysia, Putrajaya telah membuat keputusan melalui semua hakim dengan sebulat suara menolak "Menolak Kenenaran Untuk Merayu" daripada Datuk Mustsfa Ali dan 5 defenden lain dengan kos RM10,000 dibayar kepada FELDA...

Pengumuman keputusan ini bermakna tiada lagi rayuan boleh dibuat di perinhkat Mahkamah Persekutuan...Dalam erti kata bahasa kampung, FELDA menang saman kerana difitnah..defenden diarahkan membayar ganti rugi RM 100,000 atas fitnah tersebut...sehingga ini, mereka telah membuat sebahagian pembayaran yang diarahkan..

Pada 8 April 2015, Mahkamah Rayua telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mana mengarahkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Lima individu lain untuk membayar ganti rugi RM 100,000 kepadanFELDA kerana memfitnah syarikat berkenaan menerusi 2 artikel kononnya FELDA menjual minyak sawit mentah ke Israel...

Panel tiga hakim berkenaan sebulat suara menolak rayuan Mustafa dan lima defenden lain iaitu ketua pengarah Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd dan bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail terhadap keputusan Mahkamah Tinggi...

Pembaca boleh rujuk artikel kami sebelum ini :


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA