networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, September 20, 2015

Cuti Sekolah & Raya Aidiladha - ETS Tambahan Untuk Pengguna KL - Padang Besar!!!


Bersempena cuti sekolah dan perayaan AidilAdha pada minggu ini, Keretapi Tanah Melayu (KTMB) membuat tawaran perkhidmatan tambahan bagi Elektric Train Service (ETS)...

Perkhidmatan tambahan ini akan memudahkan perjalanan rakyat untuk pulang ke kampung halaman dari KL ke Padang Besar memandangkan minggu ini waktu puncak cuti sekolah dan Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut Khamis ini...

Perkhidmatan ini juga akan berhenti di stesen utama iaitu Tanjung Malim, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Bukit Mertajam, Butterworth, Sungau Petani, Alor Setar dan Arau....ia memudahkan perjalanan jika penumpang hendak menaiki perkhidmatan ini dan boleh berhenti di stesen-stesen tersebut...

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan KTMB, perkhidmatan tambahan ini akan berlepas jam 11 pagi dari KL Sentral dan dijangka tiba di Padang Besar jam 4.35 petang...

Manakala tren tambahan dari Padang Besar pula akan berlepaa jam 6.00 Perang dan dijangka tiba di KL Sentral jam 11.35 malam...

Tren tambahan ini akan beroperasi pada 22, 23, 25, 26 dan 27 September ini..tiket bagi perkhidmatan ini boleh dibeli sekarang...

Sekiranya anda inginkan maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan tambahan ini, boleh hubungi talian 1300885862...

Dengan penawaran perkhidmatan ini, ia akan menjimatkan masa perjalanan dan dapat mengatasi masalah kehabisan tiket bas semasa musim puncak cuti sekolah dan hari raya...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA