networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, September 22, 2015

Johor Melarang Guna Bendera Malaysia?Ini Jawapannya!!!Jangan Sebarkan Berita Yang Tak Sahih!!!


Pada mula aku tengok surat yang tersebar ni aku dah syak ini mesti spekulasi untuk memburukkan kerajaan negeri Johor...biasalah musuh kerajaan negeri Johor yang ditadbir Barisan Nasional yang dikepalai MB Khaled Nordin ramai...

Kepada musuh politik yang berniat menjatuhkan kerajaan negeri Johor tentang kononnya Johor mahu keluar Malaysia silalah hentikan..itu semua fitnah...

Bawah ni berita tentang persoalan bendera...

Titah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai penurunan bendera adalah merujuk kepada bendera yang digunakan untuk sambutan Hari Kebangsaan dan bukan Jalur Gemilang yang sedia terpasang.

Menjelaskan demikian, hari ini, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim menafikan dakwaan dan spekulasi sesetengah pihak yang titah Tunku Mahkota itu membawa erti kononnya `Johor mahu keluar dari Malaysia’.

Titah menurunkan bendera berkenaan adalah berikutan sambutan Hari Kebangsaan sudah selesai, dan meminta digantikan dengan bendera daerah masing-masing.

“Mustahil untuk Johor keluar dari Malaysia kerana proses berkenaan (keluar dari Malaysia) adalah banyak dan panjang.

“Kita juga sudah bersetuju untuk bersama-sama dengan kerajaan Persekutuan,” kata Ismail di Kota Iskandar, di sini.

Setiausaha Kerajaan Negeri itu mengulas mengenai penyebaran surat penurunan bendera Jalur Gemilang yang dikeluarkan pejabat daerah Segamat kepada semua ketua jabatan di daerah berkenaan, baru-baru ini.

Ismail berkata, salah faham itu wujud apabila surat itu tersebar luas di laman sosial Facebook.

Ismail menasihat orang ramai supaya merujuk kepada kerajaan negeri sekiranya timbul sebarang isu.

Dalam surat itu, TMJ dikhabarkan bertitah bahawa semua bendera Jalur Gemilang di negeri itu hendaklah diturunkan serta-merta dan digantikan dengan bendera daerah masing-masing.

Ismail berkata, pihaknya juga dalam proses mewartakan 10 bendera daerah dalam masa terdekat ini yang diputuskan oleh Sultan Johor ketika kemahkotaan baginda baru-baru ini. - Bernama

2 comments:

Anonymous said...

Bodoh orang yg burukkan negeri Johor

semut merah said...

Yg sebar kn tentu dari ahli pakatan haprak

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA