networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, September 23, 2015

#PakatanHarapan - Ibarat Pasangan Belum Bercerai Tapi Sudah Cari Pasangan Baru @WeeKaSiongMP


Ekoran penubuhan Pakatan Harapan bagi mengantikan Pakatan Rakyat yang di umumkan kelmarin, hari ini Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong mempersoalkan kredibiliti Pakatan Rakyat yang masih memerintah di Selangor..

Penubuhan komponen pembangkang Parti Harapan yang diumumkan tidak melibatkan parti PAS yang sebelum ini bersama PKR dan DAP dalam perjuangan Pakatan Rakyat...parti Pakatan Harapan ditubuhkan bagi menggantikan PAS dengan Parti Amanah yang mana pecahan pemimpin PAS...


Persoalan yang menarik difikirkan ialah kebebalan pemimpin parti politik Pakatan Harapan yang menyisihkan PAS...persoalan yang bermain kini adalah apakah PAS masih releven sebagai parti komponen untuk mentadbir negeri Selangor...jikalau benar Pakatan Harapan mengantikan Pakatan Rakyat sewajarnya PAS keluar daripada perjuangan bersama DAP dan PKR...

Rakyat Selangor kini keliru ekoran sindrom pemikiran gila pemimpin mereka..apa tidaknya PKR dan DAP kita tahu sudah tidak sebulu dengan PAS..namun mengapa PAS masih lagi terhegeh-hegeh untuk bersama mereka di Selangor..angkat kaki sahaja...habis cerita...

Dr Wee berkata bila diminta mengulas mengenai wayang politik baru pembangkang ketika di mempengerusikan mesyuarat "MCA Education Consultative Committee"...jawapan pertamanya ialah "Terkilan, Aneh dan Ganjil"..

Wee mempertikaikan bagaimana komponen baru Pakatan Harapan ini boleh menerima 'Kahwin Campur' yang melibatkan serpihan PAS..

"Kemana semangat Pakatan Rakyat dan setiakawan diantara mereka?ini diibaratkan seperti pasangan yang belum bercerai talak tiga, tetapi sudah mencari penganti yang baru" kata Wee lagi...

Benar kata Dr Wee..ini bukan pertama kali PAS diperalatkan PKR dan DAP...tapi mereka tidak sedar-sedar lagi...sama-sama kita berdoa di bulan mulia ini agar PAS sedar bahawa perjuangan mereka bersama DAP dan PKR menyesatkan...amin...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA