networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, September 17, 2015

Pengerusi FELDA Antara Yang Hadir #HimpunanRakyatBersatu & Apa Yang Ada Pada #HimpunanMerah...


Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah mengerah kudrat dan keringat untuk hadir pada Perhimpunan Rakyat Bersatu siang tadi di Padang Merbuk...

Dalam ramai-ramai tadi antara yang menarik perhatian kami ialah kehadiran Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad dan Tok Ali, Mantan Ketua Menteri Melaka..lihatlah betapa powernya penangan Himpunan Rakyat Bersatu..ramai pemimpin dan rakyat hadir ranpa mengira pangkat dan darjat mereka bersatu untuk menunjukkan betapa kerajaan mempunyai ramai penyokong yang selama ini berdiam diri untuk mengadakan himpunan gergasi seperti siang tadi....

Kami pada mulanya tak kenal yang orang ini adalah Pengerusi FELDA...lihat sahajalah pakaiannya dan gaya..sama seperti orang kebanyakan...berpakaian t shirt merah dan berseluar hitam..itu pun selepas meneliti gambar ini beberapa kali barulah perasan...himpunan ini menunjuk betapa kita sebagai rakyat perlu bersatu dalam apa jua keadaan..letakkan pangkat di rumah atau pejabat...berjabat tangan berganding bahu bersama untuk menunjukkan mobilisasi kepada dunia betapa rakyat Malaysia ini bersatu...

Dianggarkan seramai 100,000 orang membanjiri sekitar kawasan Padang Merbok siang tadi..dalam padang lingkungan 60,000 dan peserta yang tak dapat masuk padang adalah dalam 30,000...kemana 10,000 lagi..mereka ini tersesat di Petaling Street sampai di tembak water cannon..biasalah macam-macam ragam orang yang hadir..

Himpunan Merah kali ini memang agak unik dan santun berbanding penganjuran bersih 4...yang sememangnya kotor...sebaik sahaja selesai himpunan Bersih..peserta meninggalkan sisa makanan di atas jalan...merata kita tengok sampah...

Tapi di perhimpunan Merah ini, semua peserta bertungkus lumus membersihkan kawasan tersebut...


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA