networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, September 16, 2015

Promosi Lesen Motorsikal Murah Di Institut Memandu TERPILIH!!!Hanya RM 299!!!


Bagi meringankan beban golongan belia memiliki lesen motorsikal, Kementerian Pengangkutan telah melancarkan program myLESEN bertempat di Institut Memandu Surfine Hitech SDN. BHD. 14 September lalu...

Di bawah program ini, pihak Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama JPJ telah menetapkan harga lesen B2 berharga RM 299..

Kadar ini amat berpatutan berbanding sebelum ini yang mana harga untuk lesen B2 lingkungan RM 350 hingga RM 450 bergantung kepada Institut Lesen tersebut..di bawah program myLesen ini, beberapa institut memandu telah bersetuju untuk melaksanakan program ini..

Ketika melancarkan program ini, Menteri Pengangkutan, Dato' Seri Liow Tiong Lai berkata "pelancaran program myLesen ini bertujuan untuk memastikan penunggang motosikal mendapatkan lesen dengan kadar lebih murah iaitu dengan harga RM299..."

DS Liow turut menjelaskan sedikit kelonggaran akan diberikan kepada penunggang motorsikal yang tidak lulus ujian undang-undang lebih daripada 2 kali, ia akan dilakukan secara bertulis atau oral untuk membantu tambah mereka lulus undang-undang.

 "Tutorial akan diberikan kepada mereka untuk memahami undang-undang jalan raya" jelas Tiong Lai lagi...

Program ini telah dilancarkan diseluruh negara yang mana sebanyak 190 buah Institut Memandu telah menyahut seruan Kementerian Pengangkutan ini...

Senarai institut memandu yang bersetuju untuk melaksanakan progrm ini boleh rujuk di SINI...

Menurut Tiong Lai, pendaftaran untuk program ini dibuka dalam tempoh sebulan mulai 15 September hingga 15 Oktober...ini merupakan langkah permulaan..jikalau mendapat sambutan menggalakkan ianya akan dilaksanakan untuk masa akan datang...

Pelajar-pelajar sekolah yang telah mencapai usia 16 tahun amat digalakkan menyertai program myLesen ini..boleh mula mendaftar sekarang..selesaikan ceramah undang-undang 8 jam..cuti sekolah akhir tahun nanti sudah boleh berlatih jalan raya...

Selain menetapkan kadar yang berpatutan, ia merupakan langkah kerajaan untuk memastikan setiap rakyat yang menunggang motorsikal mempunyai lesen..jika penunggang mempunyai ilmu tentang undang-undang jalan raya nescara kemalangan akan dapat dikurangkan...

Apa tunggu lagi..hubungi pusat memandu yang berdaftar sekarang!

Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakan ketika majlis pelancaran myLesen di Institut Memandu Surfine Hitech SDN. BHD. 







No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA