networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, September 16, 2015

Selamat #HariMalaysia - Ketepikan Unsur Boleh Memecahbelahkan Rakyat..Pesan DS @LiowTiongLai


Sempena sambutan hari Malaysia hari ini, Dato' Seri Liow Tiong Lai mengingatkan rakyat Malaysia agar bersatu demi kemuafakatan, toleransi dan kemajuan..

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, Menteri Pengangkutan itu mengingatkan rakyat agar mengetepikan unsur-unsur yang boleh memecahbelahkan rakyat...

Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, kita perlu memecahkan tembok perkauman yang mana akan menjadi batu penghalang memupuk keharmonian rakyat bagi mengecapi negara maju...

Merujuk kenyataan ini, saya khuatir dengan wujudnya fahaman politik ekstrimis perkauman yang ada dalam DAP akan membuatkan masyarakat Cina berpecah belah...


Cara politik yang dibawa oleh DAP sememangnya ekstrimis boleh memecah belahkan rakyat..umpanya, baru-baru ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng datang ke negeri Johor cuba memporak perandakan keamanan rakyat dengan membawa isu krisis air yang sedang dilalui oleh bangsa Johor...

Apa tidaknya umat Islam sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar diturunkan hujan di kawasan tadahan air...mereka solat hajat dikawasan tadahan air...berdoa dan solat hajat setiap kali selepaa solat Jumaat...

Tiba-tiba datangnya pemimpin DAP ini ke Johor...mengutuk tentang ketiadaab air...ia seolah-olah cuba menyalahkan kerajaan pemerintah negeri dan pusat...

Guan Eng lebih sibuk mencari salah dinegeri orang lain sedangkan di Penang pun isu banjir kerap berlaku...pemimpin seperti inilah harus diUBAH!!!

Jika ramai pemimpin seperti DAP ini nescaya keamanan dan keharmonian yang ingin dikecapi negara kita sukae untuk dicapai...

Di bawah ini juga saya share kenyataan media penuh Dato' Seri Liow Tiong Lai sempena Hari Malaysia...



16 September 2015

UNTUK SIARAN SEGERA

KENYATAAN MEDIA

OLEH YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI

MENTERI PENGANGKUTAN

Demi kemuafakatan, toleransi dan kemajuan


Pada Hari Malaysia ini, marilah mengimbau masa silam untuk mendalami perjalanan negara kita dan kemajuan yang telah dicapai.

Sesungguhnya, kita seharusnya berbangga sebagai rakyat sebuah negara yang kian berkembang maju. Sejak penubuhan Malaysia beberapa dekad yang lalu, negara telah menempa kejayaan dan kemajuan di peringkat antarabangsa, baik bagi sektor perdagangan dan diplomasi mahupun di arena sukan dan kebudayaan.

Warga Malaysia tanpa mengira lapisan umur, bangsa dan agama telah sama-sama bekerja keras dan banyak berkorban untuk mengecapi segala kejayaan ini, bukan sahaja sebagai individu malahan sebagai sebuah negara. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat hidup dalam keadaan yang begitu harmoni. Kepelbagaian warisan budaya kita merupakan aset yang ternyata bernilai, lebih-lebih lagi semasa keutuhan budaya kita kini diuji.

Tidak dapat dinafikan bahawa tatkala kita berusaha untuk mencapai status negara maju dan seiring dalam membina masa depan yang lebih cerah untuk generasi muda, masih terdapat banyak yang perlu dilakukan. Kini, di saat negara kita berada di persimpangan, kita seharusnya lebih tegas dalam menetapkan pendirian menentang ketidaktoleransi dan ekstrimisme dan juga sebarang perselisihan serta sikap tidak hormat.

Setiap rakyat Malaysia mempunyai peranan masing-masing dalam membentuk masa depan negara. Peranan ini antaranya termasuk saling bertolak ansur dan hormat-menghormati antara satu sama lain, berbuat kebaikan dan bertimbang-rasa terhadap semua kepercayaan dan budaya dan seterusnya, saling bekerjasama tanpa mengambil kira apa jua perbezaan antara kita.

Demi kebaikan bersama rakyat dan negara, kita harus mengetepikan unsur-unsur yang boleh memecahbelahkan rakyat. Warga Malaysia dari segenap lapisan masyarakat harus mengatasi segala cabaran ini untuk terus maju ke hadapan sebagai rakyat Malaysia yang harmoni dan bersatu.

Selamat Hari Malaysia.

1 comment:

Ratna Batek said...

Tahniah #HARIMALAYSIA2015 Bersih dan Bersatu demi Kemuafakatan, Toleransi dan Kemajuan 1Malaysia.
Ketepikan Unsur Boleh Memecahbelahkan Rakyat.
https://www.youtube.com/watch?v=0sdMbijPvOc

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA