networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, September 11, 2015

SYABAS!!!Ahli Parlimen Kota Tinggi Johor Dilantik Pengerusi Jawatankuasa Sosial #AIPA #2015 & Komen Beliau Mengenai Persidangan Ini!!!


Kini sedang berlangsung Persidangan Agung ASEAN Inter Parlimentary Organisation (AIPA) yang bertempat di Hotel Shangri-La, Malaysia...Persidangan ini berlangsung dari 6 hingga hari ini 11 September 2015 yang mana dianggotai oleh negara-negara ASEAN iaitu Malaysia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam..hanya Singapura tidak menghantar wakil kerana memberi laluan kepada Pilihan Raya negara itu...

Persidangan tahunan kali ke-36 ini membawa tema 'Komuniti ASEAN Berpaksikan Rakyat, Berorientasi Rakyat Ke Arah Keterangkuman' yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak...

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sosial dalam perhimpunan ini..Datuk Ehsan telah mengulas serta membentang beberapa langkah yang menyentuh mengenai persidangan ini...

Ehsanuddin menyentuh peripentingnya menjalinkan kerjasama dalam usaha pengawalan dan pencegahan dadah dalam kalangan negara-negara di peringkat serantau dan antarabangsa..pada pandangan penulis ianya amat perlu memandangkan sindikit dadah antarabangsa yang amat bahaya ini perlu ditangani segera...kita tidak mahu lebih ramai lagi anak Malaysia menjadi keldai dadah yang menjadi mangsa sindiket dadah antarabangsa...

Datuk Ehsan turut mengulas perlunya memperkasakan usaha-usaha Malaysia dalam berkongsi maklumat terkini serta langkah terbaik berkaitan kaedah rawatan, pencegahan dan penguatkuasaan dadah diperingkat antarabangsa...

"Malaysia perlu terlibat secara langsung dalam mengenalpasti, membina, dan memelihara 'international networking' dengan negara-negara dan agensi-agensi luar termasuk Sekrerariat berkaitan seperti ACCORD, UNODC, CND, CPDAP, EU DLL." Jelas Ehsan lagi...

Antara langkah yang dikenalpasti adalam memperluaskan networking dengan negara / agensi luar dengan menyertai mesyuarat, seminar, konvensyen, program latihan dan lain-lain..

Ehsanuddin dalam kenyataannya menyeru agar memastikan penglibatan aktif dalam perbincangan masalah dadah dengan negara-negara lain semasa menghadiri persidangan, seminar, program pertukaran pegawai serta mengadakan siri lawatan sama ada di dalam dan luar negara..

Bagi memastikan saranan ini diterjemahkan adalah perlu dilaksanakan, memantau dan menilai pelaksanaan program-program yang melibatkan di peringkat antarabangsa yang telah diluluskan dan juga yang akan dilaksanakan di dalam negara...

Wakil Anggota Parlimen Negara ASEAN yang Menghadiri AIPA


Dalam perkembangan yang sama Persidangan AIPA ini menekankan beberapa perkara penting negara ASEAN antaranya :

1. Membawa kepada perhatian ASEAN Perhimpunan Antara Ahli Parlimen yang benar-benar berkesan dan seimbang bekalan dan permintaan program pengurangan serta mekanisme harus menggunakan pendekatan mesra rakyat yang merangkumi maklumat, pendidikan, kesedaran awam, intervensi awal, kaunseling, rawatan, pemulihan, pencegahan penyakit yang berulang, jagaan lanjutan dan integrasi semula sosial.

2. Menyeru anggota Ahli Parlimen ASEAN untuk memainkan peranan yang lebih proaktif dalam memerangi penyalahgunaan dadah di kawasan masing-masing dengan cara memupuk perkongsian pelbagai agensi dan kerjasama seperti inisiatif kerjasama antara kerajaan dan badan bukan kerajaan, komuniti saintifik yang berkaitan dan profesional kesihatan.

3. Memastikan dan menyeru anggota Ahli Parlimen ASEAN untuk memastikan kerajaan pusat menyediakan dana yang mencukupi untuk memerangi ancaman dadah.

4. Menggesa sektor swasta untuk memberi keutamaan kepada program-program berkaitan dadah dalam tanggungjawab sosial korporat (CSR).

5. Mendapatkan sokongan penuh media untuk membantu memupuk pemahaman orang ramai mengenai bahaya penggunaan dadah, untuk mempromosikan mesej pencegahan, untuk menangani promosi penggunaan dadah dalam budaya popular seperti filem, video muzik dan iklan.

6. Menggesa Ahli Parlimen Asean mengambil tindakan dan tanggungjawab bersama dalam mencari penyelesaian untuk membasmi penyalahgunaan dadah yang bersesuaian dengan budaya masing-masing tempatan dan adat.

7. Menggesa Ahli Parlimen Asean untuk menyokong “program-program sosial reintegrasi” seperti ‘penawar dan rawatan’ pesalah penyalahgunaan dadah ke arah meningkatkan kesihatan individu dan kesejahteraan, memberikan jaminan pekerjaan, memperkukuh institusi keluarga dan menjadikan masyarakat lebih selamat.

8. Menarik perhatian tentang keperluan untuk mengukuhkan institusi keluarga dengan menggalakkan nilai-nilai murni dan pembentukan peribadi sebagai pendekatan asas untuk memupuk sebuah masyarakat warganegara yang bertanggungjawab yang kurang terdedah kepada masalah berkaitan dadah.

9. Kreatif menghasilkan lebih banyak kempen kesedaran berasaskan siber di kalangan belia yang meningkatkan keupayaan masyarakat untuk menangani kesan negatif penyalahgunaan dadah, untuk tanggungjawab dan kesedaran awam adalah amat penting untuk memastikan kemampanan permintaan dan pengurangan bekalan strategi.

10. Menggalakkan penyertaan aktif dan terselaras individu di peringkat komuniti sama ada oleh sebab lokasi geografi mereka, keadaan ekonomi atau sosial.

Khusyuk!Wakil Anggota Dari Kembodia Semasa Persidangan AIPA...
Diharapkan matlamat AIPA yang ingin dicapai mendapat kerjasama negara serantau untuk menggubal dasar-dasar negara anggota...Malaysia telah menjadi hos sebanyak lima kali sejak prnubuhannya 1977...Kali terakhir Persidangan ini diadakan pada 2007...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA