networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, September 24, 2015

Syabas!!!SPAD Gagalkan 2 Taktik Kereta Sapu Guna Kenderaan Mewah!!


Siang tadi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menjalankan satu Ops SERKAP di Terminal Pudu Sentral yang diketuai Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD Mejar Jeneral (B) Dato' Paduka Che Hasni B Che Ahmad...

Operasi yang bermula pada jam 5 petang tadi telah membongkar sindiket kereta sapu menggunakan kenderaan mewah..bagi mengaburi pihak berkuasa mereka menggunakan aplikasi Grab bagi mencari pelanggan...taktik ini telah dihidu pegawai SPAD dan 2 pemandu berkenaan telah diberkas...

Sebanyak 4 kenderaan telah disita SPAD bagi membantu siasatan iaitu 2 buah Teksi dan 2 buah kenderaan mewah (Toyota Camry dan Mercedes Benz)

Ops Khas ini dilancarkan bersempena Sambutan Hari Raya Haji yang telah bermula pada 21 September lalu dan akan berakhir pada 28 September...tujuan ops ini dijalankan adalah untuk memberkas sindiket Ulat Tiket, Teksi tidak guna meter dan kereta sapu..

Sepanjang operasi hari ini SPAD telah memberkas 6 kes yang melibatkan 2 kes memujuk dan mendesak yang boleh disabitkan dibawah Seksyen 205 APAD 2010 yang boleh disabitkan jika bersalah denda tidak lebih RM 50,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya , 2 Kes mengendali suatu perkhidmatan awam tanpa lesen pengendali (Kereta Sapu) dibawah seksyen 16 APAD 2010 yang boleh disabitkan jika bersalah denda RM 10,000 atau penjara tidak lebih 1 tahun atau kedua-dua dan 2 kes Teksi tidak menggunakan meter yang boleh disabit di bawah Seksyen 22 APAD 2010 boleh disabit jika bersalah denda tidak melebihi RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-dua...

Sepanjang ops ini dilaksanakan bermula 21 dan 22 September, SPAD telah mengesan sejumlah 54 kesalahan membabitkan Bas, Lori dan Teksi di seluruh semenanjung Malaysia...

Syabas dan tahniah diucapkan kepada SPAD atas usaha ini lebih-lebih lagi ianya dilakukan pada musim perayaan..kebiasaannya musim puncak ini, pemandu atau ulat tiket akan menggila menjalankan kerja-kerja menyalahi undang-undang ini..dengan adanya Ops SERKAP ini ia dapat menafikan perbuatan mereka...

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang operasi siang tadi...







No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA