networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, September 2, 2015

Tahniah En. Mohd Azharuddin atas Pelantikan CEO @SPADChannel Yang Baru!!!

Ketua Pengawai Eksekutif SPAD, En. Mohd Azharuddin yang
baru dilantik berkuatkuasa 1 Stember 2015
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah melantik Mohd Azharuddin Mat Sah selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPAD yang baru bagi mengantikan Mohd Nur Ismail Mohamad Kamal yang memegang jawatan itu sejak penubuhan SPAD pada tahun 2010...

Pengumuman ini telah diumumkan SPAD berkuatkuasa 1 September 2015...Dalam satu kenyataan dikeluarkan badan itu, Azharuddin sebelum ini merupakan Pengarah 'Greater KL/Lembah Klang' dan pengangkutan bandar di dalam satu unit di bawah Jabatan Perdana Menteri...

Berikutan perlantikan ini, Mantan CEO SPAD, Mohd Nur Ismail akan dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif myHSR Corp, sebuah syarikat disokong Kerajaan untuk menguruskan projek hubungan kereta api laju KL-Singapura...

Kenyataan yang dikeluarkan SPAD, menyebut tanggungjawab Azharuddin sebagai CEO SPAD yang baru adalah termasuk mempercepatkan pertumbuhan pengangkutan awam darat yang berdaya maju dan ekosistem seperti yang terkandung dalam Pelan Induk Kebangsaan Pengangkutan Awam Darat...

Mengulas tentang pelantikan ini, Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata "kelayakan Azharuddin dan pengalaman dalam sektor pengangkutan awam darat menjadikan beliau pemimpin yang tepat dan layak kerana SPAD telah bersiap sedia untuk memacu lebih banyak mobiliti dan jaringan yang mesra rakyat untuk pengangkutan awam darat"

Kami di blog HE mengucapkan tahniah kepada En. Mohd Azharuddin Mat Sah atas pelantikan ini dan diharapkan amanah yang diberi dapat dipikul dan dilaksanakan bagi memajukan lagi industri pengangkutan awam darat di negara kita...

Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mantan CEO SPAD, En. Mohd Nur Ismail atas jasa dan sumbangannya semenjak penubuhan SPAD...Tahniah juga diucapkan kepada beliau atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif myHSR Corp...diharapkan impian rakyat Malaysia mahu melihat kereta api laju KL-Singapura dapat direaliasasikan...

Berikut adalah kenyataan media dari SPAD mengenai perlantikan ini..


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA