networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, September 1, 2015

Tahniah!!! FELDA Sening, Johor Rangkul Juara Anugerah Keceriaan Kampung FELDA!!Bawa Pulang RM 1 Juta!!!


Usaha penduduk FELDA Sening menghiaskan FELDA mereka berbaloi apabila telah dinobatkan FELDA terceria dalam Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) 2015 sempena sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Nerus...

FELDA Sening terletak di gugursan Felda Adela, Kledang dan Sening di Kota Tinggi ini telah membawa pulang wang kemenangan sebanyak RM 1 Juta yang telah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri DS Najib Razak...

Menurut Ketua Peneroka Felda Sening, Juraimi Jawahir beliau akan mengagihkan RM 1,000 setiap keluarga di Felda itu seramai 505 keluarga...dan baki RM 495,000 lagi akan digunakan untuk pelbagai projek pembangunan di Felda Sening...

Aku pernah pergi ke Felda ini, ternyata mobilisasi masyarakat peneroka di gugusan Felda ini memang mantap...mereka menganjurkan aktiviti bersama dengan kerap..gotong-royong membersihkan kediaman, jalan seribu langkah, malam pula rondaan sukarelawan RELA...bak kata apa saja usaha yang dibuat mesti mendapat sambutan bersama...

Jika hendak menyambut sesuatu perayaan umpamanya hari Kemerdekaan, semua penduduk Felda ini akan mengibarkan jalur gemilang disetiap rumah...

Kalau musim perayaan memang meriah...jalan nak masuk DESARU tu penuh sesak dengan kenderaan..sepanjang jalan DESARU ke Gugursan Felda ini akan penuh dengan kenderaan...dah macam kat bandaraya besar...

Inilah hakikat keluarga peneroka..anak-anak mereka semua berjaya..bekerja di luar...bekerjaya..balik kampung penuh kereta...ada juga golongan belia yang menetap di Felda..mereka akan jalankan aktiviti perniagaan...jika bulan ramadhan kebanyakan keluarga akan berniaga juadah berbuka di tepi-tepi jalan..di bazar ramadhan..harganya memang berpatutan...

Susah nak cari masyarakat peneroka yang bersatu seperti Felda Sening, Johor...inilah budaya setempat rakyat Johor..syabas diucapkan kepada semua keluarga peneroka..penat lelah anda berbaloi dengan kemenangan ini!!!syabas!!!


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA