networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, September 22, 2015

Teksi 'Lama' Akan Dimansuhkan Menjelang 2020, Bakal Diganti TEKS1M!!!


Bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan teksi di Malaysia ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bakal mengantikan teksi sedia ada kepada jenis TEKS1M..

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar menjelaskan "terdapat dua aspek yang perlu diberi perhatian apabila mengubah industri teksi-perubahan fizikal dan mengubah cara berfikir pemandu teksi".

"Kita perlu menukar teksi lama kepada model baru. Setakat ini, kita telah berjaya menukar kira-kira 2,000 kereta lama kepada model baru di bawah TEKS1M", katanya lagi...

Bagi kami di blog HE, pandangan ini amat baik berikutan negara kita bakal bergelar negara maju menjelang tahun 2020..salah satu aspek peru diberi perhatian ialah identiti pengangkutan awam seperti teksi..

Biarpun ada rungutan daripada pemandu teksi yang mana jika mereka mahu menukar model TEKS1M, ianya akan membebankan mereka berikutam harga model TEKS1M Proton Exora atau Toyota Innova kira-kira RM 60,000 hingga RM 70,000..berikutan itu, SPAD telah merancang akan menggunakan jenama kereta tempatan Persona dan Saga bagi meringankan beban pemandu teksi..

Memandangkan permit teksi biasa mempunyai jangka hayat 10 tahun, ink bermakna TEKS1M bakal dilaksanakan sepenuhnya 10 tahun akan datang iaitu pada akhir 2024..

Dengan cara ini, insya'allah Malaysia bakal memasuki fasa baru Kelas Teksi Terbaik menjelang negara maju...

Dalam pada itu, Pengerusi SPAD mengingatkan pemandu teksi agar menjaga sahsia mereka ketika memberi perkhidmatan..antara yang diberi perhatian ialah merokok, memkai pakaian seragam, tidak membuka kancing baju dan mendedahkan ketiak kepada pelangan..

Langkah yang dilakukan SPAD ini seharusnya dilaksanakan mengikut peringkat agar pemandu teksi tidak terkejut dengan perubahan drastik yang dilaksanakan...dan harapakan kami pemandu teksi perlu bersedia mental dan fizikal untuk menyahut seruan SPAD demi meningkatkan martabat industri pengangkutan awam Malaysia...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA