networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, October 13, 2015

2 Pemimpin MCA Bercakap Mengenai #TPPA Yang Perlu Kita Tahu!!!


Ramai cakap-cakap dari pengiat siber Facebooker memberi tanggapan negatif terhadap The Trans-Pasific Partnership Agreement (TPPA)..Ia seolah-olah satu perjanjian yang mahu menggadaikan negara..permahaman ini hanyalah bersifat ala kadar atau bahasa mudahnya pemikiran 'premature'..

Persoalannya, benarkah TPPA ini mahu menggadaikan negara..jika begitu Brunei dan Singapura antara negara terdekat dengan kita pun mahu menggadaikan negara mereka jugalah?kebanyakan penyokong pakatan tidak mahu mengetahui apa yang dimaksudkan TPPA...apakah ianya sudah dilaksanakan di Malaysia?

Di sini kami telah mendapatkan 2 maklum balas pemimpin MCA berkenaan TPPA ini...individu yang dimaksudkan ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong...



Pendapat Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong mengenai TPPA:

"Datuk Seri Mustapha Mohammad (Tokpa) telah mendapat mandat dari kabinet untuk berbincang dan berunding secara terperinci berkaitan TPPA dan beliau merupakan seorang yang sangat komited"

"Kita akan "win some anda lose some". Malah, tuduhan pembangkang bahawa kita kononnya akan gadai segala-galanya adalah salah. Ini kerana macam mana kita boleh mengatakan TPPA ini akan menyebabkan kita "gadai" segala-galanya walhal kita akan memperluaskan lagi peluang perniagaan dimana akses kepada pasaran dunia adalah lebih terbuka"


Apa kata DS Ong Ka Chuan:

"Kita perlu bincang dengan Speaker Dewa Rakyat, apa kaedah yang boleh memudahkannya supaya kita dapat membuat keputusan secepat mungkin"

"Usaha membentangkan dokumen TPPA pada sesi persidangan Parlimen kali ini cukup mencabar dari segi masa lantaran kerajaan sudah menetapkan agenda besar untuk membahas dan meluluskan Bajet 2016 yang dijangka memakan masa panjang. Kerajaan akan cuba mencari masa sesuai untuk membolehkan TPPA dibahaskan di Parlimen secepat mungkin..."

"Ia memerlukan kajian semula bagi setiap fasal TPPA sebelum ia dibawa ke Parlimen. TPPA perlu difahami seramai mungkin rakyat negara ini termasuk Ahli Parlimen, badan bukan kerajaan (NGO) supaya mereka faham apa sebenarnya TPPA dan semunya memerlukan masa..."

"Tetapi kita juga ada sekatan supaya membuat keputusan secepat mungkin mengikut had masa kerana 12 negara sedang menunggu kita"

Itu ujar DS Ong Ka Chuan mengenai TPPA...

Melihat akan kedua-dua pendapat pemimpin MCA ini, kami amat setuju berikutan perjanjian yang bakal dimeterai akan dibahaskan di Parlimen dan Tokpa telah berjanji bahawa TPPA ini akan mengikut acuan negara kita...

Takkanlah pemimpin negara kita mahu menggadaikan negara...kita patut beruntung dulu negara kita tidak meminjam dari bank dunia semasa krisis kegawatan ekonomi 1997...kalau diikutkan kata Anwar Ibrahim dulu, tak sempat nak spin TPPA negara kita dah dijajah ekonomi sejak dulu lagi..

Perbahasan dan pemahaman amat penting memandangkan TPPA ini adalah perjanjian yang melibatkan ekonomi serantau...sama-sama kita nantikan bagaimana acuan TPPA versi Malaysia..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA