networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, October 24, 2015

#Bajet2016 - Kebajikan Warga #FELDA Terus Dibela Kerajaan!


Pengumuman YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai Bajet 2016 semalam bertemakan "Mensejahterakan Kehidupan Rakyat" disifatkan bajet yang amat baik dan bersifat membela golongan pertengahan dan bawahan..

Peruntukan BR1M ditambah..pengurangan cukai untuk anak yang menjaga ibu bapa dan tanggungan isteri..terlalu banyak perkara yang hendak dibincangkan mengenai Bajet semalam..cuma kali ini saya ingin memfokuskan kepada intipati Bajet yang memberi manfaat kepada warga Felda... 

Manfaat untuk warga FELDA kali ini lebih bersifat keselamatan, perumahan dan kemudahan iaitu :

Pelan Pembangunan Angkatan Tentera:
1. Pelaburan sebanyak RM 523 Milion untuk pembangunan ESSCOM kem tentera di FELDA Sahabat, Lahad Datu, Sabah

Pembangunan Infrastruktur Luar Bandar :

1. RM 200 Juta untuk meningkatkan taraf jalan raya di penempatan FELDA
2. Pembinaan 20,000 kediaman untuk generasi kedua peneroka FELDA
3. Pengurangan rumah FELDA dari RM 90,000 kepada RM 70,000..

Masyarakat FELDA Sahabat Lahad Datu pasti menghela nafas lega apabila kerajaan mengumumkan palaburan sebanyak RM 523 Million untuk pembangunan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) kem tentera di Felda Sahabat. Ianya satu jaminan bahawa kerajaan mengutamakan keselamatan dan kedaulatan negara agar peristiwa hitam serangan pemberontak Sulu tidak berulang lagi..

Selain itu, bagi meningkatkan jaringan perhubungan warga FELDA diseluruh negara, kerajaan telah mengumumkan sejumlah RM 200 Juta untuk meningkatkan taraf jalan raya di penempatan FELDA..Pengumuman ini telah memberi keselesaan kepada warga FELDA untuk bergerak..tidaklah nanti orang kata jalan FELDA teruk..berlubang sana-sini..

Generasi kedua peneroka turut mendapat inisiatif melalui pengumuman Bajet 2016 semalam, kerajaan telah mengumumkan bahawa akan membina sebanyak 20,000 kediaman khas untuk generasi kedua peneroka FELDA...malah harganya pun berpatutan..dalam pengumuman semalam, Najib turut mengumumkan bahawa harga rumah generasi kedua Felda diturunkan daripada RM 90,000 kepada RM 70,000..

Itu tidak termasuk dengan bantuan BR1M yang dinaikkan RM 50 setiap kategori turut dirasa oleh warga FELDA..

1. Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000
2. Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800
3. Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400

Lihatlah betapa kerajaan mengambil berat kepada warga peneroka...dari bapa sehingga anak, Datuk Seri Najib tidak pernah meminggirkan golongan peneroka ini..ia ibarat satu wasiat untuk memastikan generasi FELDA terus dibela sehingga ke hari ini..

Pembangkang pun sudah tidak ada modal untuk mencaci bajet kali sehingga Ketua Pembangkang, Bini Anwar Ibrahim pun mengiktiraf BR1M kononnya bantuan itu perlu diberi lebih besar..

Ini Sahaja Pakatan mampu lakukan sejurus mendengar pembentangan Bajet 2016..
HAHA!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA