networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, October 4, 2015

Kerajaan Lulus RM 32 Juta Membangunkan Projek Kampung Baru Cina...


MCA tidak pernah alpa dengan tanggungjawab yang dimiliki sejak era kemerdekaan hingga kini...bagaimana matlamat penubuhannya, begitu acuannya yang hendak dilaksanakan bagi membela masyarakat Cina di Malaysia...

Kelmarin Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong mengumumkan bahawa sejumlah RM 32 Juta telah diluluskan kerajaan bagi membangunkan projek infrastruktur fizikal di 607 kampung baru Cina di seluruh negara tahun ini...

Dana ini bukan kerajaan beri suka-suka tanpa sebab..ianya bertujuan meningkatkan keupayaan masyarakat Cina luar bandar...selaku individu mewakili kerajaan, Ka Siong bertanggungjawab terhadap pembangunan masyarakat Cina dalam hal ehwal kampung baru serta industri kecil dan sederhana...

Masyarakat Cina sewajarnya membuka mata bahawa usaha yang dilakukan MCA ini lebih bermatlamat berbanding dengan pencapaian DAP yang kita tidak nampak hasil memberangsangkan...politik cara DAP amat berbeda sekali dengan perjuangan MCA...

Jikalau ada masyarakat Cina beranggapan DAP mampu membawa kestabilan dan membela mereka itu amat silap..politikus-politikus yang ada dalam DAP hanya pandai bermain politik dan menerapkan sentimen kebencian terhadap parti MCA yang dijuangkan datuk nenek moyang mereka...

Itu semua langsung tidak diambil endah..kerana cara menghasut lebih mudah disampaikan berbanding usaha berterusan dengan keutamaan bersederhana dalam tindakan...

Berbalik kepada apa yang disampaikan Ka Siong...

"Sehingga kini 264 projek fizikal atau 53 peratus daripadanya sudah siap dan ia melibatkan peruntukan berjumlah RM 18.4 juta..Projek yang bakal dilaksanakam perlu mendapat maklum balas dari penduduk agar ia betul-betul memanfaatkan penduduk kampung"

"Sehingga kini, kerajaan telah memperuntukkan RM 16, 951 juta kepada 469 penduduk Kampug Baru Cina untuk menjalankan aktiviti perniagaan kecil-kecilan..skim PKBC yang berbentuk pusingan sebanyak RM 100 juta itu disediakan dan dilaksanakan melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi membantu penduduk Kampung Baru Cina Khususnya bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan dalam membiayai perniagaan kecil" jelasnya lagi...

Bantuan ini sama sahaja dengan apa yang kerajaan beri kepada masyarakat Melayu..Kampung Melayu...memajukam Industri Desa...memberi bantuan kepada rakyat yang memerlukan modal...

Walaupun ada hak keistimewaan orang Melayu..namun masyarakat Cina tidak disisihkan...DAP pula hanya tahu bermain politik sarkas...kutuk sana..kutuk sini...hasut sana benci pihak yang banyak berjasa....

Datuk Wee bergambar bersama 70 Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) dan Pegawai Bahagian Kampung Baru (BKB) di Menara Usahawan, kelmarin

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA