networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, October 7, 2015

Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) - SPAD & LTA Lancar Kaji Selidik Permintaan Maklumat..


Bagi merealisasikan hasrat pengguna Malaysia dan Singapura, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Land Transport Authority, Singapura (LTA), hari ini telah melancarkan satu kaji selidik pasaran bersama (market sensing exercise) melalui kaedah Permintaan Maklumat (Request For Information - RFI) berkaitan projek ini...

Projek mega ini dirancang bersama Malaysia Singapura yang mana telah dipersetujui bersama kedua-dua Perdana Menteri..perancangan melibatkan projek rentas sempadan ini bukan perkara yang senang..ianya perlu mendapat maklum balas para pelabur mengenai kepentingan komersial dan teknikal projek mega ini...

Maklum balas RFI ini amat penting bagi mendapatkan respon pasaran dan penglibat pelbagai sektor swasta pasaran tempatan dan antarabangsa...melalui hasil dapatan RFI ini, kedua-dua negara akan membawa hasil ini untuk dipertimbang secara bersama..

Ini membuktikan kerajaan kedua-dua negara amat berhati-hati menetapkan perancangan sebelum ianya boleh dilaksanakan...

Dato' Sri Abdul Wahid Omar, Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia dan Encik Khaw Boon Wan, Menteri Penyelaras Prasarana dan Menteri Pengangkitan Singapura berkata "Proses RFI ini merupakan satu mercu tanda signifikan bagi projek HSR. Kedua-dua kerajaan perlu memahami permintaan serta pandangan pasaran dan oara pelabur. RFI ini akan membantu kerajaan mengenal pasti minat dan pandangan pasaran tentang pendekatan dan struktur projek yang sesuai. Maklumbalas ini amat penting dalam menetapkan dan mengesahkan pandangan kerajaan, dan seterusnya akan memastikan proses tender akan berjaya"

Kajian RFI ini dijangka tamat pada akhir tahun ini sebelum ianya dibawa dala satu sesi perbincangan dua hala. Bagi pihak yang berminat untuk memlaksanakan RFI ini anda boleh melayari laman sesawang SPAD www.spad.gov.my/hsr atau laman web LTA www.lta.gov.sg/hsr untuk mendapatkan maklumat lanjut...

Ini merupakan projek mega rentas sempadan yang dipersetujui bersama YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak dan PM Singapura, Lee Hsien Loong yang mana ianya merupakan satu lagj mercu tanda hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura...

Sekiranya ianya direalisasi kelak, HSR ini akan memendekkan masa 2 ibu negara KL-Jurong East hanya 90 minit...semoga perancangan ini dapat berjalan lancar....

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA