networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, October 14, 2015

Laporan Ahkir #MH17 - @LiowTiongLai 'Palu Gendang' Cari Dalang Pihak Bertanggungjawab Lancar Serangan!!!


Biarpun laporan akhir tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 telah dibentangkan namun ianya tidak memuaskan hati kita kerana pihak yang bertanggungjawab melancarkan serangan masih tidak diketahui...

Laporan yang dibentangkan Pasukan Penyiasat Antarabangsa yang diumumkan Lembaga Keselamatan Belanda hanya melaporkan pesawat berkenaan ditembak dengan peluru berpandu BUK buatan Rusia dari darat...hasil siasatan mendapati peluru berpandu itu meletup di luar bahagian kiri kokpit pesawat berkenaan...

Perkara ini masih menjadi persoalan buat kita untuk mencari siapa dalang yang bertanggungjawab dalam insiden ini..pastinya ahli keluarga mangsa 298 orang yang berada dalam MH17 kecewa dengan pengumuman tersebut...

Apa yang mereka inginkan siapa yang harus dipertanggungjawabkan?Rusia atau Ukraine atau pihak lain..perkara ini masih menjadi tanda tanya..

Siasatan berkenaan insiden ini telah dilakukan oleh Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) yang mana dianggotai Malaysia, Belanda, Ukraine, Australia dan Belgium..Laporan akhir tragedi ini berdasarkan Annex 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang hanya meliputi aspek teknikal termasuk mengenal pasti punca nahas...

Susulan pengumuman laporan akhir ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan menegaskan, Malaysia tetap dengan pendirian untuk mengambil tindakan tegas yang akan membawa kepada pendakwaan penjenayah terbabit...

Dalam kenyataan berkenaan, Liow berkata " Walaupun tribunal antarabangsa di bawah Majlis Keselamatan PBB mungkin telah diVETO tetapi perjuangan Malaysia untuk mendapatkan keadilan belum berakhir..

Liow turut menegaskan bahawa Malaysia bersama Pasukan Siasatan Bersama (JIT) yang mengendalikan penyiasatan jenayah kini lebih tegas untuk mendapatkan keadilan kepada semua mangsa nahas berkenaan.

Dalam pada itu, Liow turut mengesa usaha melaksanakan perubahan dalam cara penerbangan komersial global beroperasi tidak boleh ditangguhkam lagi. 

Beliau menegaskan agar "Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan negara anggotanya mesti mewujudkan prosedur atau protokol global baharu yang relevan berhubung risiko penerbangan dan prosedur tersebut perlu dipatuhi negara-negara anggota dan syarikat penerbangan dinseluruh dunia"

Mengenai insiden ini, peluru berpandu jenis BUK kita sudah tahu buatan Rusia dan Ukraine telah gagal menimbangkan ancaman yang wujud di bumi bergolak itu..

Saranan yang dinyatakan Menteri Pengangkutan ini sememangnya yang diinginkan oleh semua keluarga mangsa pesawat malang tersebut..kita perlu mengeret pihak bertanggungjawab kemuka pengadilan!!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA