networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, October 12, 2015

MCA Perlu Lebih Berani Bersuara Tangkis Serangan Pakatan Pembangkang!!! @NajibRazak @LiowTiongLai @WeeKaSiongMP



Semasa menyampaikan ucaptama perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-62, Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru agar parti komponen itu perlu lebih berani kehadapan dalam mendepani fitnah yang dilemparkan pembangkang..

Najib mengingatkan parti itu perlu lebih bersedia menghadapi PRU 14 dengan meningkatkan seberapa banyak jumlah sokongan masyarakat Cina kepada BN..beliau tidak mahu masyarakat terus memandang serong kepada parti itu yang tidak mampu meningkatkan sokongan masyarakat Cina kepada BN...


Najib menyeru agar MCA mencari tonik terbaik sebelum berhadapan PRU 14 ini...serangan seteru politik DAP seharusnya ditangkis sebaik mungkin MCA agar rakyat tidak terus terpedaya dengan mainan politik pembangkang...

Parti komponen BN tidak sama dengan pakatan pembangkang yang mana mereka mengamal budaya cantas rakan seperjuagan dalam pakatan..apa yang dikatakan Najib siang tadi menyingkap kembali bagaimana Pakatan Harapan ditubuhkan bagi mengantikan Pakatan Rakyat yang sebelum ini berjuang bersama PAS...



MCA perlu berdiri sebaris dengan UMNO dan Barisan Nasional agar tidak dianggap sebuah parti yang bukan mendokong aspirasi kerajaan...pemimpin parti ini seharusnya menggunakan saluran yang betul dalam menyampaikan pandangan bagi mengelakkan pertelingkahan dalam parti terus berlaku...

Sejak MCA bersama UMNO dan komponen lain sejak zaman Parti Perikatan sehingga kini Barisan Nasional, masyarakat Cina terus berjaya menikmati kekayaan ekonomi negara..Najib mengingatkan setiap ahli parti itu tidak perlu curiga kebersamaan dalam BN...ini kerana UMNO sedia berkongsi kuasa dalam kerajaan..ini terbukti biarpun pemimpin MCA tidak memenangi PRU lalu tetap diberi jawatan dalam kabinet dan jawatan lain...


Dalam ribut yang berlaku dalam kem pembangkang, seharusnya BN mengambil peluang ini untuk terus mencuit 'ruh' rakyat untuk terus bersama menyokong Barisan Nasional sepertimana yang dilakukan oleh datuk nenek moyang kita..

Ucapan yang disampaikan DS Najib siang tadi sarat dengan mantik bagi menyentuh semangat perjuangan ahli-ahli MCA bagi melawan musuh politik terutamanya DAP dan PKR...

Najib turut menyentuh tentang isu yang cuba dimainkan mengenai konsep sekolah vernakular dengan berkata bahawa kerajaan tetap mempertahankan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina...

Ayuh MCA, rapatkan saf, singsing lengan berganding bahu berjuang dengan lebih gah melawan fitnah dan rekayasa cerita memburukkan imej kerajaan...janganlah terbawa-bawa pemikiran bekas-bekas ahli yang sudah 'pencen' sehingga boleh memecah belahkan parti kompinen BN!!!! 

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA