networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, October 2, 2015

Memalukan!!!Protes Pemandu Teksi Didalangi Pemimpin Pakatan Mencemarkan Imej Pemandu Teksi Di Malaysia!!!Ini Jawapan Buat Pemandu Teksi Tak Sedar Diri!!!


Memalukan imej pemandu teksi..itulah reaksi netizen bila mengetahui ada kira-kira 100 pemandu teksi mengadakan protes di hadapan pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Kelana Jaya awal pagi kelmarin..

Turut dikesan ketika protes tersebut seorang pemimpin pakatan, MP Klang, Charles Santiago yang mendalangi dalam protes tersebut...aku kesian dengan pemandu-pemandu teksi nih..sanggup membiarkan diri tu diperalatkan oleh pemimpin pakartoon ni..sibuk merungut kos sara hidup meningkat...tapi diri tu tak ada motivasi untuk maju...dari buang masa pergi protes nih..kalau waktu tu mereka cari penumpang setidak-tidaknya dapatlah juga duit RM 2,3 puluh ringgit...

Tindakan ini betul-betul memalukan semua pemandu teksi..apa tidaknya, dulu mereka merunggut yang kadar tambang rendah..kos semua meningkat...SPAD melihat rintihan ini, telah menaikkan kadar tambang 20%-67% pada MAC 2015...masa isu ni hangat SPAD dikecam rakyat kerana menaikkan kadar tambanh..batang hidung penumpang teksi ni langsung tak nampak menyatakan sokongan tindakan SPAD...semua sembunyikan diri...bila protes tahu pula...iyalah poket kembung kadar tambang naiklah katakan..


Yang menjadi aku hairan memorandum yang diserahkan kelmarin tidak ada kaitan pun dengan peranan SPAD...kita tengok apa benda yang diperjuangkan...

1. Kenaikan harga NGV.

2. Kos GST ke atas penyelenggaraan kenderaan, bahagian dan operasi.

3. Teksi-teksi haram menyebabkan mereka kehilangan pendapatan (50% daripada pendapatan).

4. Kebajikan sosial pemandu teksi (insurans untuk kenderaan dan liputan PERKESO).

Aku tengok semua tuntutan tersebut remeh..biasalah diketuai pemimpin pembangkang...kerja pemimpin pembangkang mudah jer...buatlah apa2 tindakan..asalkan boleh cetuskan kontroversi...

Tuntutan pertama, kenaikan harga NGV...aku nak tanya SPAD ke yang menyelaras harga NGV?jawapannya tidak!!!

Tuntutan kedua, kos GST ke atas penyelenggaraan kenderaan, bahagian dan operasi?yang ini satu hal lagi...GST tu SPAD ke yang sengaja kenakan?bab kenaikan kos penyelenggaraan, bahagian dan operasi..sejak bila pula SPAD jadi kementerian Perdagangan Dalam Negeri?sampai harga barang kat kedai tu SPAD nak suruh turunkan...tak logik langsung...

Tuntutan ketiga, teksi haram menyebabkam mereka kehilangan 50% pendapatan..jawapannya, dah tau macam tu kenapa pergi protes tersebut..bukankah itu membuang masa..kalau cari penumpang dah boleh dapat pendapatan...untuk makluman, SPAD telah melaksanakan tangkapan pemandu teksi haram atau sapu dalam siri-siri operasi mereka..malah pemandu teksi yang tak guna meter pun mereka tangkap..tujuannya nak bela penumpang dan nak pastikan pemandu teksi cekik darah ni insaf...cakap tak guna kalau tak ada data..bawah ini aku share laporan operasi SPAD..

Data rekod kesalahan pemandu pengangkutan awam dibawah Seksyen 16 APAD 2010. Ini merupakan jumlah kes yang telah tangani oleh SPAD sejak 2011 diatas kesalahan mengendalikan Sesuatu Perkhidmatan tanpa lesen Pengendali.

Jumlah Kes 2011 hingga sekarang – 470 kes
Jumlah kes bagi tahun 2015 sahaja – 240 kes
Jumlah kes bagi yang menggunakan Apps bermula oktober 2014 hingga sekarang – 144 kes mengikut  pecahan

UBER-43 Kes
BRABCAR – 97 Kes
Blacklane – 1 kes
Easy Teksi – 3 kes

Status yang menggunakan Apps
NFA – 10 kes
Denda Mahkamah – 13 kes
Kompaun – 9 kes
Proses Mahkamah – 49 kes
Proses Penyiasatan -63 kes
Status Mohon Lucut hak dan kes melibatkan penggunaan Apps – 110 kenderaan

Jangan kata SPAD biarkan teksi sapu berleluasa pulak!!!takkan ni pun dikatakan makan gaji buta???

Tuntutan keempat, kebajikan sosial pemandu teksi (insurans kenderaan dan liputan PERKESO). Ini tuntutan paling merepek sekali..kalau tak mahu bayar insurans kenderaan janganlah bawa teksi!!!jual surat khabar tepi jalan jer...sampaikan insurans pun nak pree...lemak sungguh..tayar dah bagi bantuan..tol pun murah..bawak kereta dapat duit..memalukan sungguh tuntutan ni!!!

Sesungguhnya, golongan yang rugi ialah golongan yang hanya tahu merungut tanpa berusaha...pergilah ikut pemimpin pakartoon tu...rugi pendapatan..tuntutan pula merepek-repek!!

Ekoran daripada tuntutan ini, sure netizen pun jelak dengan sikap pemandu teksi yang tak reti bersyukur..padahal yang buat palit ni 100 orang jer...yang dapat malu pemandu teksi yang tak berdosa...

Karang cakap bodo tau pula marah!!!sedarlah diri tunsikit..berpijaklah di bumi yang nyata...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA