networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, October 23, 2015

Penubuhan Institut VTAR Bakal Sedia Tenaga Kerja Berkemahiran Tinggi...Syabas @MCAHQ


Baru-baru ini, Presiden MCA, YB Dato' Sri Liow Tiong Lai telah merasmikan pembukaan Institut VTAR yang sebelum ini dinama Kojadi Institute..penubuhan ini merupakan satu lagi inisiatif MCA menyahut seruan kerajaan bagi membekalkan keperluan pendidikan vokasional...

Kita sedia maklum bahawa pendidikan berteraskan kemahiran atau vokasional amat penting masa ini..dalam perkembangan kehidupan manusia kita dilengkapkan dengan pakej domain kognitif, afektif dan psikomotor..

Ketiga-tiga domain ini perlu bergerak seiring yang mana pemikiran (kognitif) aras tinggi kini menjadi teras dalam pendidikan Malaysia apabila kementerian telah mula memperkenalkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)..bagi memacu negara ke arah satu tahap yang meyakinkan dunia kita memerlukan tenaga kerja yang mempunyai pemikiran aras tinggi..

Jikalau seseorang mempunyai kemahiran kognitif yang tinggi namun kurang kemantapan domain Afektif (perasaan) ianya ibarat mempunyai akal tapi tidak mempunyai perasaan...

Dalam hal ini, komitmen yang diberikan MCA adalah untuk memastikan pelapis negara tidak hanya menguasai kognitif dan afektif malah memastikan aspek Psikomotor (kemahiran) rakyat lengkap bagi melahirkan sumber tenaga berkemahiran tinggi.


Malaysia kini mempunyai tenaga kerja seramai kira-kira 12 juta, di mana 77% dilengkapi dengan 11 tahun pendidikan dan hanya 28% adalah berkemahiran tinggi...

Daripada maklumat yang diperolehi daripada Unit Perancangan Ekonomi (ETP), statistik diatas hanya mampu meningkatkan jumlah tenaga kerja mahir sebanyak 4 peratus..

Ianya tidak mencukup bagi mencapai sasaran kerajaan iaitu 33% pada 2015 dan 50% tahun 2020 pekerja mahir..ETP dijangka mampu mencipta 3.3 juga peluang pekerjaan baru..daripada jumlah ini, sebanyak 40%  daripada peluang perjaan ini memerlukan Techical and Vocational Education and Training (TVET)..

Bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir yang semakin meningkat, VTAR merupakan salah satu platfom bagj membekalkan keperluan tenaga kerja mahir di Malaysia menjelang 2020...

Merujuk kepada kenyataan yang dinyatakan Dato' Sri Liow, "MCA bertindak tepat pada masanya apabila menjenamanakan semula VTAR untuk membantu dan melatih tenaga kerja yang lebih inovatif dan mahir bagi memenuhi permintaan industri"

Kami di blog Harapan Esok mengucapkan syabas kepada MCA, VTAR, Kutar, UTAR, JPK dan sektor swasta atas usaha ini..ia penting bagi melahirkan lebih ramai sumber tenaga kerja yang berkemahiran tinggi.


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA