networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, October 19, 2015

PETEKMA Serah Memorandum Kepada @NajibRazak Untuk Diteliti Dalam #BAJET2016...


Pertubuhan Pemandu Dan Pengusaha Teksi / Limosin Dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA) yang mempunyai ahli terbesar di Malaysia baru-baru ini telah menyerahkan memorandum 4 perkara untuk diserahkan kepada YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak...

4 perkara yang terkandung dalam memorandum tersebut ialah :
1) Pengurangan atau penundaan kenaikan harga NGV
2) Pengurangan harga tol dalam bandar
3) Pengurangan GST untuk pengangkutan awam
4) Mengharamkan aplikasi atas talian yang digunakan UBER, GrabCar dan seumpamanya kepada SKMM...

Sebelum ini pun kami ada post mengenai perihal yang lebih kurang sama rungutan pemandu teksi..tapi itu dianjurkan oleh beberapa orang pemandu teksi dengan disokong seorang pemimpin Pakatan, Charles Santiago...rujuk artikel sebelum ini di SINI

Jika hendak diperhatikan dengan kedua-dua tuntutan tersebut...ianya nampak lebih kurang sama...tentang GST, NGV, Perkhidmatan UBER..

Jadi apa bezanya?

Jawapannya : Memorandum yang dihantar beberapa orang pemandu teksi bersama pemimpin pakatan seolah-olah cuba menyalahkan pihak SPAD semata-mata...

Ada yang bawa sepanduk tertulis "SPAD Makan Gaji Buta"..pendekatan ini ternyata amat bertentangan sekali dengan memorandum yang dibawa oleh PETEKMA...


Kalau nak bawa isu tu biarlah tepat dan mengikut saluran yang betul...macam PETEMA ni...mereka memilih saluran berunding dan mengadakan pertemuan dengan pihak SPAD...

Kalau nak pastikan permintaan tu mendapat perhatian biarlah dengan santun yang baik...kalau buat mogok..demonstrasi jalanan dan memberontak tiada siapa nak layan...

Kita dapat lihat bagaimana PETEKMA membawa isu pemandu teksi...melalui rundingan, SPAD telah bersetuju menaikkan kadar tambang TEKSI...menyingkap mengenai kenaikan kadar harga ini, PETEKMA telah merakamkan penghargaan kepada pihak SPAD...

Isu yang dibawa PETEKMA kali ini memang relevan memandangkan kenaikan Tol, GST dan dengar khabat kadar NGV pun hendak dinaikkan..ianya sedikit sebanyak telah mengungat kedudukan ekonomi pemandu teksi...

Jadi bersempena minggu pembentangan Bajet 2016...PETEKMA mengharapkan DS Najib akan mengumumkan sesuatu bagi membela nasib pemandu-pemandu teksi ini...

Berkenaan hal aplikasi atas talian GRAB CAR dan UBER dalam memorandum tersebut...PETEKMA terus menyasarkan permintaan kepada SKMM untuk mengharamkan aplikasi ini...tidak adil kepada pemandu teksi kerana perkhidmatan seperti Uber dan Grab Car tidak memerlukan lesen...pemeriksaan PUSPAKOM...dan yang peling penting, penumpang tidak dilindungi mengikut undang-undang,,,

Di sini kami ingin mengucapkan syabas kepada Pengerusi PETEKMA, En. Mohd Syahrir Abdul Aziz atas usahanya mewakili suara pemandu-pemandu teksi dibawah persatuannya...usaha seperti inilah yang diperlukan bagi mencari solusi penyelesaian masalah...syabas!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA