networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, October 9, 2015

SPAD Banteras Teksi Haram UBER & GrabCar!!Masih Nak Kata SPAD Pinggirkan Pemandu Teksi???

Ketua Pengarah Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah
tekad banteras teksi Haram..
Jika sebelum ini Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid mengatakan perkhidmatan UBER dibenarkan beroperasi namun bersyarat jikalau mempunyai lesen untuk mengangkut penumpang...

Biarpun mereka ini diiktiraf di banyak negara di dunia..namun tindakan UBER dan GrabCar yang menyalahi undang-undang tetap tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan dibawah Akta Pengangkutan Awan Darat (APAD)...

Sejak Oktober 2014, SPAD telah menyita lebih 100 kenderaan persendirian yang beroperasi sebagai teksi haram di bawah nama UBER dan GrabCar

Ketua Pengarah Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata "badan berkuasa itu melipatgandakan usaha membanteras kenderaan sedemikian yang menawarkan khidmat pemandu persendirian menerusi telefon pintar kerana ia perkhidmatan teksi hram...

"Usaha ini juga selaras dengan komitmen kami untuk meningkatkan taraf perkhidmatan teksi di negara ini" katanya lagi...

Perkhidmatan UBER dam GrabCar di negara kita yang tidak mempunyai lesen pengendali pengangkutan awam tetap merupakan satu kesalahan biarpun 1 dunia mengenali UBER...hal ini disebabkan sudah termaktub dalam undang-undang di negara kita bahawa setiap kenderaan yang hendak mengangkut penumpang perlu mendapatkan lesen untuk mengangkut penumpang..

Kesalahan ini disabit di bawah Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang mana jika disabit kesalahan boleh didenda RM 10,000 atau penjara 1 tahun atau kedua-duanya sekali..dan syarikat pula boleh didenda sehingga RM 100,000...

Tindakan tegas ini semangnya telah dilaksanakan SPAD..bukan sahaja denda, kebanyakan kes kenderaan ini juga akan disita...itu pun masih ada lagi pemandu teksi yang mudah terpengaruh dengan hasutan pemimpin pembangkang mengatakan SPAD tidak membela mereka...hantar memorandum kononnya teksi haram punca pendapatan pemandu teksi hilang sumber rezeki...

Sedar atau tidak, spekulasi ini sentiasa dimainkan pihak tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan imej SPAD..awal tahun ini semasa kenaikan harga tambang..bila tak naik kadar tambang mereka meroyan kata SPAD tak berhati perut..bila dinaikkan tambang semua senyap..tak ada pun usaha nak pertahankan usaha SPAD ketika SPAD diasak netizen yang tidak berpuas hati dengan kenaikan ini

Sampai bila mentaliti pemandu teksi di Malaysia hendak berubah?bersyukurlah dengan apa yang ada dan setkan minda tu supaya tak mudah diracun pihak lain...


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA