networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, October 24, 2015

SPAD Umum Perpindahan Operasi Bas Ekspres Dari Pudu Sentral Ke TBS 1 November...@SPADChannel


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan perpindahan operasi Bas Ekspress Koridor Utara yang melibatkan negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis yang sekarang ini beroperasi di Pudu Sentral ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS)...

Perpindahan ini akan berkuatkuasa 1 November 2015..pastinya pengumuman ini bukan keputusan yang dibuat secara melulu oleh pihak SPAD...perbincangan dengan pengendali-pengendali bas ekspress telah dilakukan sebelum keputusan ini di buat..

Pada ogos lepas, Pengerusi Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata permindahan itu bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di tengah-tengah ibu kota...

TBS menawarkan kemudahan yang lengkap dengan jaringan perhubungan yang baik kerana terletak bersebelahan Stesen Rel Bandar Tasik Selatan yang mempunyai perkhidmatan LRT, KTM, Komuter, KLIA Transit dan Teksi..Pastinya pengguna tidak mempunyai masalah untuk ke TBS. Cuma ada yang berasa jangal kerana sudah biasa ke Pudu Sentral..

Selain kemudahan jaringan perubungan yang baik, TBS turut menjanjikan kemudahan yang lengkap bagi keselesaan pengguna...di pihak kami yakin TBS mampu menampung jumlah pengguna yang ramai pada musim puncak..

Ianya juga mampu mengatasi masalah penumpang ditipu ulat tiket kerana di TBS menawarkan kaunter yang banyak dan terdapat juga mesin kiosk pembelian tiket...

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.spad.gov.my atau hubungi Hotline SPAD di 1-800-88-SPAD (7723).

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA