networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, October 7, 2015

SPRM Nafi Tangkap Pemimpin UMNO Johor...Portal Pakartoon Kantoi Lagi!!!


Semalam bukan main lagi media pakatoon memainkan isu yang tiada kesahihan kononnya seorang Ahli Parlimen UMNO Johor ditangkap kerana skandal rasuah...laporan berkenaan menulis :
SPRM tangkapan MP Umno ke atas penyalahgunaan kuasa  
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang ahli parlimen Umno yang kononnya menyalahgunakan kedudukannya dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk kepentingan peribadi. 
Satu sumber biasa dengan perkara itu mengesahkan penangkapan itu. 
Difahamkan Ahli Parlimen, yang merupakan seorang pengarah di GLC yang merupakan anak syarikat Felda, ditahan bersama lapan yg lain...
Jikalau dilihat daripada tulisan tersebut, yang dimaksudkan Ahli Parlimen Johor yang merupakan anak Syarikat FELDA ialah Datuk Ehsanuddin Parlimen Kota Tinggi...apa yang kami tahu MP tersebut hanya membantu siasatan sahaja..biasalah Maloya Kini...betul salah belakang cerita..yang penting berita itu sensasi untuk memburukkan UMNO...

Hari ini SPRM telah menafikan tentang perkara ini dan ternyata berita yang disensasikan tidak benar..media berkenaan melaporkan seolah-olah pemimpin yang dimaksudkan itu terpalit dengan skandal rasuah...namun apabila mengetahui berita tersebut tidak tepat..cepat-cepat portal itunmenukar label beritanya kepada SPRM NAFI WAKIL SEORANG RAKYAT UMNO DISIASAT  ...biasalah pakatoon...spin dan cerita separuh-separuh sengaja dibuat untuk mensensasikan keadaan...

Bawah ini ceritanya penafian SPRM tentang tuduhan Ahli Parlimen UMNO Johor...

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull menafikan seorang Anggota Parlimen dipanggil agensi itu untuk membantu siasatan berkaitan penyalahgunaan kuasa.

Beliau juga berkata SPRM tidak ada memanggil Anggota Parlimen yang memegang jawatan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memberi keterangan.
Sebelum ini dilaporkan seorang Anggota Parlimen dipanggil SPRM kerana menyalahgunakan kedudukannya sebagai pengarah sebuah GLC.

Laporan sebelum ini memetik seorang pegawai SPRM berkata: "Siasatan ada dijalankan. Tiada MP (Anggota Parlimen) ditahan".


Twitter pakatan AMK Johor turut terpalit denga penipuan inil.cumanya ayat yang digunakan adalah rambang...belum disahkan...memalukan sungguh media-media pakatan nih!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA