networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, October 9, 2015

Tun M & Liong Sik 2 x 5 Sama Saja...Ada Hati Nak Desak @NajibRazak Letak Jawatan!!!!Jom Baca Apa Kata @WeeKaSiongMP Tentang Isu Ni ...


Ekoran kenyataan mantan Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik yang sependapat dengan Tun M mahu Perdana Menteri, YAB DS Najib Razak meletak jawatan dengan mengaitkan kritikan terhadap 1MDB...ia menimbulkan berbagai reaksi terhadap kenyataan tersebut...

Ada yang bersetuju...ada yang tidak..bagi kami di sidang redaksi Blog Harapan Esok, apa yang dilakukan oleh Liong Sik ini saling tidak tumpah seperti Tun M dalam UMNO...ada yang mengutuk MCA kononnya tindakan Liong Sik itu bersifat menyuarakan penentangan terhadap Perdana Menteri...namun, secara rasminya MCA melalui Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong berkata "MCA Tidak Mahu Campur dan Kenyataan Liong Sik Bukan Kenyataan Rasmi MCA"

Menurut Wee lagi "Sepertimana yang telah diutarakan oleh beberapa pemimpin MCA, sejak hari pertama apabila Tun Ling membuat kenyataan, kita dah kata setiap pemimpin atau bekas pemimpin mempunyai haknya untuk bersuara dan ianya bukan satu suara rasmi daripada parti. Itu penting," katanya.

Berkenaan dengan perkara PM mahu menyaman Liong Sik dan memintanya mengeluarkan kenyataan maaf ini jawapan Wee, "Saya rasa proses perundangan yang diambil terhadap beliau oleh pihak yang didakwa adalah proses biasa yang kalau mengikut prosedur memang begitu. Orang yang telah mengeluarkan kenyataan juga berhak mempertahankan kenyataannya.

"Saya rasa eloklah perkara ini mengikut lunas dan tatacara undang-undang. Jadi kita tidka boleh masuk campur," kata Wee.

Bagi kami, apa yang dilakukan oleh Liong Sik dan Mahathir itu adalah hak peribadinya untuk bersuara...mereka berdua ni datang dari kepimpinan sezaman yang sama..tidak hairanlah banyak persamaan dari sudut pandangan...

Mahathir kritik Najib...Liong Sik sama..
Mahathir kritik 1MDB..Liong Sik sama..
Mahathir desak Najib Lepas Jawatan..Liong Sik sama..
Mahathir sertai himpunan BERSIH...Liong Sik sama...

Yang pentingnya di sini, apa yang keluar dari mulut Mahathir bukan melambangkan kenyataan UMNO..begitu jugalah Liong Sik..kenyataannya bukan mewakili MCA...biarpun kedua-dua penyokong 2 bekas pemimpin ini kebanyakannya ahli UMNO dan ahli MCA...

Apa yang penting sekarang ini ialah UMNO dan MCA tetap setia bersama BARISAN NASIONAL dan kepimpinan Najib Razak..hak dia nak mintak maaf atau tidak itu hak peribadi masing-masing..usahlah memainkan sentimen bahawa suara Liong Sik melambangkan suara MCA..begitu jugalah Mahathir..kenyataannya juga bukan melambangkan UMNO..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA