networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, November 4, 2015

#BERSIH Hantar Surat 'Hantu' Tanpa Tandatangan Desak Ahli Parlimen BN Sokong Undi Tidak Percaya @NajibRazak Bukti Mereka Semakin Terdesak!!!!


Pakatan pembangkang kini hilang punca untuk menjatuhkan Perdana Menteri, DS Najib Razak..bermacam-macam cara telah dilakukan tenyata DS Najib sungguh LIAT untuk digulingkan...

Suatu ketika Pakatoon berteriak kegembiraan kononnya isu 1MDB boleh menjatuhkan karier politik Najib namun sejak seminggu ini keyakinan terhadap 1MDB semakin meningkat...sehinggakan Tony Pua pun tidak berani untuk berdebat dengan Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy...jika benar pakatoon banyak modal tentang skandal 1MDB berdebat sahajalah tidak perlu pusing sana pusing sini...

Bagi mengalihkan isu penolakan Tony Pua untuk berdebat tentang 1MDB, Pengerusi Bersih Maria Chin pula memberi satu sampul surat yang mengandungi beberapa helai surat kononnya datang dari penduduk setempat kawasan parlimen BN mengesa agar Ahli Parlimen mereka menyokong usul undi tidak percaya kepada YAB Perdana Menteri...Sura-surat ininsaya sifatkan sebagai surat hantu yang tiada kredibiliti langsung..tiada tandatangan...ada penama yang telah meninggal dunia...

Antara pemimpin yang menerima surat tersebut ialah Ahli Parlimen Kota Tinggi, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narrashid...

Ini menunjukkan betapa terdesaknya pakartoon untuk menjatuhkan Najib..sanggup buat surat dengan text ayat yang sama..dan menulis nama dan kad pengenalan kononnya pengundi setempat..surat yang tidak bertandatangan ini siapa sahaja boleh buat...lebih menghairankan hasil semakan dalam laman SPR tiada langsung penama tersebut...nombor kad pengenalan tidak lengkap...

Menurut pegawai khas Datuk Ehsanuddin, Nizam Rasyid yang dipetik dari laman web BNBBC, BERSIH telah membuat pembohongan apabila terdapat dua orang pengundi palsu daripada 12 surat atas talian yang diterima Noor Ehsanuddin.

Dua pengundi tersebut tidak dapat dikenalpasti kerana nama dan nombor kad pengenalan yang tercatat di surat itu tiada di laman web daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Macam-macam cara telah mereka guna tapi Najib masih lagi Perdana Menteri..taktik terbaru surat tanpa tandatangan ini membuktikan betapa pakatoon sedang tertekan...surat yang tiada kredibiliti pun sanggup diedarkan...

Lepas ni apa pula plan pakatoon?ajak berdebat kecut!hantar surat tanpa tandatangan...semua tak menjadi...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA