networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, November 5, 2015

Kementerian Kesihatan Akan Haramkan Rokok & VAPE Dijual Di Malaysia...


Ini betul-betul terbaik dari Kementerian Kesihatan Malaysia..bermacam-macam cara digunakan untuk mengharamkan Vape di Malaysia..

Akhirnya Kementerian Kesihatan menemui Nikotin dalam flavor yang boleh dijadikan alasan untuk merampas vape dipasaran...

Sebagaimana pengguna VAPE...penghisap rokok mula rasa takut apabila Kementerian Kesihatan juga akan membanteras sekeras-kerasnya rokok untuk diharamkan sama seperti VAPE...

Itu janji KKM untuk mengharamkan VAPE dan Rokok..apakah KKM berani untuk mengharamkan Rokok?silakan!

Ikuti berita dari Astro Awani dibawah tentang janji KKM untuk mengharamkan Rokok!

Kementerian Kesihatan menggesa orang ramai hentikan tabiat merokok dan juga penggunaan rokok elektronik kerana kedua-duanya mendatangkan mudarat kepada kesihatan.

Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, Timbalan Pengarah (Kesihatan Awam) hari ini menegaskan penggunaan rokok elektronik terutamanya di kalangan mereka di bawah umur amat merisaukan.

" Perkara yang jadi kerisauan kami ialah orang yang tak merokok kini vape. Kemudian, ajar kanak-kanak vape, apa ni? Apakah mahu membudayakan rokok?" katanya.

Namun, apabila ditanya berkaitan cadangan Kementerian Kesihatan mengharamkan penggunaan rokok elektronik (e-cigarette) diperluas ke rokok tembakau, beliau yang juga pakar kesihatan awam memberitahu, ia sememangnya patut sama diharamkan.

"Cukuplah hidup kita diburukkan dengan kewujudan rokok. Tak perlu kita burukkan lagi dengan rokok elektronik atau vape," katanya.

Rokok elektronik mengandungi nikotin akan diambil tindakan - KKM

Beliau turut mempersoal pihak berwajib sama ada cukup tegas dalam membuat keputusan berkaitan isu rokok dan juga rokok elektronik.
"Tetapi, apakah kita ada keinginan politik untuk mengharamkannya? Memandangkan rokok elektronik ini masih baru, kita ketahui akan mudaratnya, maka kami syorkan agar kerajaan ambil tindakan proaktif dalam mengharamkan rokok.

"Jangan dah terlambat macam rokok, tahu (tentang kesan kesihatan) baru kita mengambil tindakan," tambahnya.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA