networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, November 5, 2015

Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN Ke-21 Bincang 3 Perkara Negara Serantau...


Siang tadi telah berlangsung Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN Ke-21 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Mewakili Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata "mesyuarat dua hari ini membincangkan tiga perkara utama iaitu pasaran penerbangan ASEAN, pasaran perkapalan ASEAN dan pengurangan pelepasan gas rumah hijau".

Perbincangan ini menekankan bagaimana negara ASEAN merealisasikan Pelan Tindakan Strategik Pengangkutan Kuala Lumpur (KLTSP 2016-2025) bagi mempertingkatkan lagi sektor pengangkutan dan perhubungan negara anggota ASEAN.


Masalah jerebu yang berlaku setiap tahun telah menarik perhatian wakil-wakil negara anggota ASEAN. Apa tidaknya, pencemaran ini telah menjejaskan jaringan pengangkutan udara dan darat malah turut memberi gangguan aktiviti sosial dan ekonomi serantau.

Oleh itu, mesyuarat tersebut telah membincangkan inisiatif pengangkutan lestari yang lebih mesra alam. Ini kerana daripada 54.9% gas yang dilepaskan, 22.9% datangnya daripada sektor pengangkutan.


Antara langkah yang dibincangkan ialah penggunaan pengangkutan yang rendah risiko karbon, penggunaan tenaga yang cekap dan pengangkutan yang mesra pengguna.

DS Liow mengharap Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN dapat diteruskan khusus kepada rakan dialog ASEAN dari China, Jepun dan Republik Korea.

Bagi kami, mesyuarat ini secara tidak langsung membuktikan betapa negara rantau ASEAN serius ingin memperkasakan jaringgan perhubungan Laut dan Udara antara negara anggota disamping memelihara tanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar. Dengan jaringan pengangkutan sesama negara anggota yang baik, maka industri yang pelbagai dan pertumbuhan ekonomi negara serantau dapat dipertingkatkan..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA