networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, December 7, 2015

5 Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Penyusunan Semula Laluan Henti-Henti.. @SPADChannel @AduanSPAD


Bermula 1 Disember lalu, Suruhanjaya Penangkutan Awam Darat (SPAD) telah menyusun semula laluan henti-henti atau Bus Network Revamp (BNR). Penambahbaikan tersebut melibatkan laluan di Kuala Lumpur dan Lembah Klang yang mana dipecahkan kepada 8 koridor...

Sebelum ini saya telah menulis secara umum tentang perubahan ini yang boleh dirujuk di SINI...Memandangkan ramai pengguna yang terkejut dengan pengumuman ini, pihak SPAD telah mengarahkan petugasnya untuk ke lokasi koridor terlibat dengan mengedarkan risalah dan memberi infomasi kepada pengguna..boleh rujuk di SINI berkenaan sebaran risalah dan informasi BNR..

Kali ini saya ingin share maklumat Lima Fakta yang perlu anda ketahui mengenai penambahbaikkan BNR..

FAKTA PERTAMA - APAKAH KORIDOR BNR?

Sebanyak 8 koridor telah terlibat dengan BNR..di bawah ini saya kongsikan gambar rajah yang merujuk kepada 8 koridor, operator bas yang beroperasi di koridor dan liputan kawasan yang telah ditetapkan..

Klik Gambar Untuk Besarkan
Gambar di bawah ini adalah peta laluan bas di koridor Jalan Ipoh beserta pengkelasan kawasan dan nombor bas 100-199

Klik Gambar Untuk Besarkan
Gambar di bawah ini adalah peta laluan bas di koridor Jalan Pahang beserta pengkelasan kawasan dan nombor bas 200-299

Klik Gambar Untuk Besarkan

Gambar di bawah ini adalah peta laluan bas di koridor Ampang beserta pengkelasan kawasan dan nombor bas 300-399

Klik Gambar Untuk Besarkan
Gambar di bawah ini adalah peta laluan bas di koridor Cheras beserta pengkelasan kawasan dan nombor bas 400-499

Klik Gambar Untuk Besarkan
Gambar di bawah ini adalah peta laluan bas di koridor Sungai Besi beserta pengkelasan kawasan dan nombor bas 500-599

Klik Gambar Untuk Besarkan
Gambar di bawah ini adalah peta laluan bas di koridor Jalan Klang Lama beserta pengkelasan kawasan dan nombor bas 600-699

Klik Gambar Untuk Besarkan
Gambar di bawah ini adalah peta laluan bas di koridor Lebuhraya Persekutuan beserta pengkelasan kawasan dan nombor bas 700-799



Klik Gambar Untuk Besarkan
Gambar di bawah ini adalah peta laluan bas di koridor Damansara beserta pengkelasan kawasan dan nombor bas 800-899

Klik Gambar Untuk Besarkan
Perubahan ini menunjukkan betapa sistematiknya perjalanan bas henti-henti di semua koridor..setiap koridor ini telah mempunyai ketetapan masing-masing..pengendali bas RapidKL tetap menjalankan operasi disemua koridor yang diumumkan

Bagi koridor tumpuan seperti Koridor Jalan Ipoh, Koridor Sungai Besi dan Koridor Lebuhraya Persekutuan, SPAD meletakkan 4 pengendali yang berbeza di kawasan ini..ini bermakna masa menunggu penumpang akan lebih singkat memandangkan terdapat banyak pengendali bas.. Sebelum ini kekerapan bas adalah 120 minit tetapi selepas BNR dilaksanakan kekerapan laluan bas menjadi 30 minit.

FAKTA KEDUA - ADAKAH FREKUENSI KETIBAAN BAS AKAN JADI LEBIH LAMBAT?

Jawapannya Tidak. Pengenalan BNR ini menjadikan frekuensi bas akan lebih pantas. Rakyat tidak perlu menunggu lama untuk menaiki bas dikawasan Greater Kuala Lumpur..seperti yang saya tulis sebelum ini, kekerapan bas mengambil masa selama 120 minit namun selepas pelaksanaan BNR, kekerapan laluan bas menjadi 30 minit menunggu. Ini yang dikehendaki oleh para pengguna bas henti-henti selama ini yang mana mereka tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan bas mereka..

Jarak yang dilalui bas henti-henti juga bertambah daripada 7,631km kepada 9,202km selepas BNR. Ini menunjukkan pengangkutan awam bas henti-henti ini menambah liputan rangkaian mereka.

Di bawah ini grafik mengenai masa menunggu dan jarak laluan bas henti-henti di Kuala Lumpur dan Lembah Klang



FAKTA KETIGA - ADAKAH PROJEK BNR INI DILAKUKAN SECARA "LAST MINUTE"?

Jawapannya Tidak! setiap apa yang dilakukan oleh SPAD bukanlah satu keputusan bersifat peribadi..semua keputusan perlu melakukan kajian secara menyeluruh dengan mendapatkan maklumat daripada operator bas di kawasan Greater Kuala Lumpur..

Untuk melaksanakan BNR, perancangan telah dilakukan sejak tahun 2013 atau 2 tahun lepas lagi . Apa yang penting di sini adalah, sebelum ianya dilaksanakan persetujuan telah pun diperolehi daripada semua operator bas dan mereka juga telah memberi kerjasama untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan mereka demi kemudahan rakyat...

FAKTA KEEMPAT - ADAKAH TAMBANG BAS AKAN NAIK DENGAN PROJEK BNR?

Jawapannya Tidak! Tambang bas masih kekal seperti harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan melalui Commercial Vehicle Licensing Board, 2009. Apa yang pengguna perlu ingat ialah pengenalan BNR ini adalah untuk meningkatkan kekerapan perjalanan bas dalam koridor dan ini sebenarnya dapat menjimatkan masa pengguna..itu sahaja..tidak ada kaitan langsung dengan kenaikan harga tambang...


FAKTA KELIMA - ADAKAH "COVERAGE" PERKHIDMATAN BAS BERTAMBAH DENGAN BNR?

Jawapannya Ya! Seperti yang saya tulis di atas, jumlah jarak perjalanan perkhidmatan bas bagi kawasan yang ditetapkan akan bertambah daripada 7,643KM kepada 9,202 iaitu peningkatan sebanyak 17% daripada jarak laluan sebelum ini...Penambahan jarak ini menyebabkan pertambahan sebanyak 35 laluan bas baru untuk kemudahan rakyat...

Bagi kami, pengenalan BNR ini amat bagus dan sesuai dengan kehendak rakyat..rakyat mahukan kualiti perkhidmatan dengan jumlah kekerapan bas dapat dipercepatkan..masalah ini telah berjaya diselesaikan..malah jarak lingkungan turut bertambah dengan pengenaln sebanyak 35 laluan bas..cumanya sekarang ini pengguna perlu mendapat informasi berkenaan perubahan ini...BNR telah dirancang 2 tahun..pengguna perlu menyesuaikan diri dengan perubahan ini...

Untuk maklumat lanjut mengenai BNR, pengguna boleh layari laman web diSINI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA