networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, December 5, 2015

Al-Fatihah..Tunku Jalil Pergi Dijemput Illahi..


Bangsa Johor hari ini berdukacita apabila mendapat berita pemergian Tunku Laksamana Johor, Y.A.M Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim yang telah pergi dijemput illahi pada 7.11 petang tadi di Hospital Sultanah Aminah...

5 Julai 1990 - 5 Disember 2015

Al-Fatihah...

Pakaian perkabungan bagi lelaki Islam di Johor adalah songkok yang berlilit kain putih selebar 5.0sm manakala bagi wanita Islam pula adalah dengan memakai tudung putih. Yang bukan beragama Islam pula, mereka boleh mengenakan lilitan kain hitam selebar 7.62sm di lengan kiri atau memakai tali leher berwarna hitam. Tempoh pemakaian perkabungan, adalah selama tujuh hari bermula dari tarikh kemangkatan. Pemakaian perkabungan itu adalah secara tulus ikhlas daripada rakyat dan tiada sebarang unsur-unsur paksaan. Pemakaian perkabungan itu adalah untuk menunjukkan taat setia dan kasih sayang rakyat kepada Almarhum.

Maklumat terkini :

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli di sidang media umum kemangkatan.

Bendera akan dikibar separuh tiang bagi jabatan kerajaan selama tiga hari.

Jenazah Tunku Abdul Jalil akan dimandikan dan disolat di Istana Besar.

Jenazah kemudian akan dibawa dengan pedati ke Makam Diraja Mahmodiah untuk dikebumikan selepas Zohor, esok.

Semua majlis berbentuk hiburan di Johor ditangguhkan sebagai menghormati Almarhum Tunku Laksamana Johor.

Rakyat jelata mahu memberikan penghormatan terakhir di Istana Besar bermula 9 pagi esok. Berpakai sopan.

Tiada cuti umum esok tetapi kakitangan kerajaan berkabung 3 hari manakala kerabat diraja 7 hari.

#Alfatihah

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA