networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, December 2, 2015

Barang Naik Pada Jan 2016..Ini Penjelasan Ala Warong Kedai Kopi!!!!


Berkuatkuasa 1 Jan 2016:

- Subsidi Beras Nasional Super Tempatan dengav n kadar hancur 15% (ST15/ S15) dimansuhkan (kuatkuasa 31 Dis 2015) dgn harga RM23.00 berbanding harga selepas subsidi RM17.50.

>>> KITA TENGOK DIRI KITA LA... BETOL KE KITA ADA BELI BERAS RM17/10 KG ST 15? RASANYA MAJORITI KAT KEDAI PON JUAL RM 23-24 SEKAMPIT 10KG DAN LABEL ST 5/ST 10. SGT SUSAH NAK CARIK BERAS BAWAH RM20 DAN ST15. WALAUPUN SEBANYAK 30,000 TON DIPERUNTUKKAN UTK ST15, NAMUN BANYAK PENGUSAHA TERUTAMANYA CINA DAH AMBIK KESEMPATAN DAN UPGRADE BERAS JADI ST 10 / ST5, SO HARGA DEPA NAIKKAN JADI RM 24. AKU SGT SETUJU JIKA ST15 DIMANSUHKAN SEBAB SEBENARNYA LEBIH BANYAK PENYELEWENGAN BERAS SUBSIDI BERLAKU DGN DASAR ST15 TU.

- Pelupusan subsidi bil elektrik, yang dahulunya diperuntukkan sebanyak RM150 juta untuk golongan miskin bagi bil elektrik yang berjumlah kurang dari RM20.

>>> STATEMENT NI DAH DINAFIKAN OLEH KEMENTERIAN. RASA2NYA KITA KAT SINI PON BIL LETRIK KOMPOM LEBIH RM20. KALAU IKUT STATEMENT NI, YG DIMANSUHKAN HANYA YG BIL KURANG RM20 JE...

- Pelupusan subsidi minyak masak sebanyak RM950 juta yang pasti akan meningkatkan harga minyak masak (sawit). Kesannya sudah tentu amat besar ke atas harga makanan.

>>> DAH BEBERAPA TAHUN SUBSIDI MINYAK MASAK HANYA UTK YG PAKET 1KG DGN HARGA RM2.50 SEPEKET. MAJORITI YG GUNA PAKET TU ADALAH PENIAGA. PENGGUNA BIASA MCM KITA KAT RUMAH SELALUNYA BELI YG DLM BOTOL 5KG. YG DLM BOTOL 5KG TAK DE SUBSIDI SEJAK LAMA DAH.

- 5 buah konsesi tol akan termasuk PLUS akan menaikkan harga tol setelah lanjutan MOU yg berakhir 2018.

>>> MEMANG NAIK.

- perkhidmatan ERL dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2 akan dinaikan dari RM35 kpd RM55.

>> NAIK SETELAH 14 TAHUN TAK PERNAH NAIK. MEMANG AGAK MELAMPAU JUGA KENAIKAN. TETAPI IA HANYA UTK ERL EXPRESS. UTK ERL BIASA (BUKAN EXPRESS TAK NAIK). KALAU NAK JIMAT, JANGAN GUNA YG EXPRESS. GUNA YG TAK EXPRESS. BEZA LEWAT CUMA DLM 20 MINIT JE.

- kenaikan tambang LRT dan Monorail sebanyak 102% dan 40% (kuatkuasa 2 Dis 2015).

>>> NAIK, TAPI TENGOK PERJALANAN MENGIKUT JARAK. BUKAN SEMUA JADI 102%.

- kenaikan tambang KTM Komuter  sebanyak 58%. kenaikan bermula dgn RM0.04/km sehingga max RM7.10/km (kuatkuasa 2 Dis 2015).

>> KENAIKAN HANYA 4 SEN/KM. BUKANNYA SAMPAI RM7.10/KM. FITNAH TU... KENAIKAN MAXIMUM UTK PERJALANAN HAMPIR 350 KM TU YG JADI RM7.10

- Pengurangan 95% peruntukan dlm Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWPM) drp RM200j kpd RM10j.
>>> YG NI AKU TAK PASTI.

- Pengurangan peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi yg menyaksikan belanjawan dikurangkan sebanyak RM2.4b kpd RM1.378b. Jangkaan yuran pengajian akan meningkat dan biasiswa akan dikurangkan/hapus.

>>> YG NI JANGAN SALAH FAHAM. PENGURANGAN PERUNTUKKAN ADALAH SEBAB DASAR YG DAH DIPERSETUJUI BEBERAPA TAHUN LALU, UNIVERSITI CARIK DUIT SENDIRI UTK TAMPUNG SEBAHAGIAN OPERASI. YURAN UTK PELAJAR TEMPATAN TAK NAIK. UKM, UPM DAN UM DAH BEBERAPA TAHUN JADI UNIVERSITI PERINTIS UTK PROJEK TERSEBUT DAN BERJAYA.

*Menempuh Tahun 2016 yg Sukar.

Sekarang pun sudah derita, tahun 2016 pasti akan menjadi lebih  dahsyat  yg amat getir buat rakyat Malaysia yg berpendapatan sederhana dan rendah. RM50 seperti bernilai RM5 apabila keluar berbelanja barang keperluan.

>>> AYAT NI JELAS MELAMPAU. TAKKANLAH RM50 JADI MCM RM5 DLM TEMPOH BEBERAPA BULAN.

Semoga kita semua dpt menempuh segala cabaran ini dan diberi rezeki tambahan utk menampung segala bebanan kekurangan. Berusahalah mencari dan meneroka peluang baru agar ada sinar bahagia yg lebih baik.

>>> INI BAGUS UTK PERINGATAN

Sesungguhnya ada rahmat disebalik setiap kejadian...

>>> INI PON BAGUS

Berdoalah... kerana ia adalah senjata utama kita dan doa insan marhain. InsyaAllah, walaupun kita tidak dpt mengubahnya pd masa kini, diharapkan anak cucu kita tidak merasai apa yang kita rasai.

>>> OK JUGA UTK PERINGATAN

Rakyat Malaysia,
Dr.Ezrie😎
>>> KAT GROUP LAIN DEPA UBAH NI JADI TAGLINE BENCI KERAJAAN.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA