networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, December 9, 2015

"Bina Parti Bukan Runtuh" Keutamaan UMNO Johor - @KhaledNordin


"UMNO Johor Terus Membina Parti, Bukan Meruntuhkan"

Badan Perhubungan Johor akan terus membina parti, bukan meruntuhkannya dan sentiasa mendukung gerakan yang progresif dan sederhana. Kita telah lama memainkan peranan membina dan mengukuhkan parti melalui pemikiran dan manhaj yang berkemajuan

Semua pihak perlu mencari jalan muafakat untuk UMNO yang lebih baik dan berpadu, kembali kepada agenda Melayu.

Parti bangsa Melayu ini mesti terus menjadi instrumen paling penting untuk memajukan bangsa, sekaligus terus meneroka denai penyelesaian yang inklusif dan terbaik kepada segala kemelut.

Utarakan segala pandangan dengan cara paling sopan tetapi tegas. Luahkan segala yang terbuku dengan adab paling terpuji. Parti mesti dipastikan jadi lebih kuat dan kembali diyakini. Tak perlu berpecah. Tak perlu menimbulkan pergeseran yang memusnahkan

Sesungguhnya setiap perhimpunan adalah peluang kita untuk mencari pencerahan bagi UMNO dan perwakilan diseru agar mengutamakan disiplin dan mempamerkan tata susila yang disenangi.

Jangan sesekali melakukan tindakan yang mengikut emosi, yang akan merosakkan parti

Khaled Nordin

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA