networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, December 3, 2015

"IKS Perlu Tingkat Produk Halal Ke Pasaran Negara China Yang Menjanjikan Peluang Lebih Besar"- @WeeKaSiongMP


Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong menyeru Industri Kecil dan Sederhana Melayu dan Cina negara ini mempertingkatkan produktiviti industri halal negara ke pasaran negara China..Ini merupakan antara perkara yang dibincangkan ketika "Halal Forum 2015" semalam yang dianjurkan oleh Secretariat For The Advancement of Malaysian Entrepreneurs Development Malaysia (SAME), Halal Industry Development Corporation (HDC) dan Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM).



Dr Wee selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri sudah sinonim dengan perjalanan IKS masyarakat Cina di negara ini. Memandangkan pasaran eksport negara ke China mempunyai potensi yang amat luas jadi adalah amat penting industri IKS merebut peluang ini. 

Umum kita mengetahui bahawa orang Cina dinegara kita amat pakar daIam selok belok bidang perniagaan dan umat Islam mengetahui tentang hukum halal dari proses penghasilan sesuatu produk halal dari mula hingga ke pemasaran. Justeru itu benar apa yang dikatakan Dr Wee bahawa kedua-dua bangsa ini perlu bekerjasama untuk menghasilkan kualiti produk halal. Disamping itu juga, HDC dan JAKIM perlu terus memberi komitmen kepada industri ini agar perancangan produk halal IKS ini berjaya direalisasikan..

Negara China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia sejak beberapa tahun ini yang mana jumlah hasil dagang mencecah US100 billion dua tahun kebelakangan ini. Di negara China jumlah populasi penduduk Islam sebenarnya melebihi jumlah rakyat Malaysia. Lihatlah betapa besarnya peluang pasaran yang menanti IKS negara kita di sana.

Sekarang ini pun hampir 70% industri produk halal negara disertai oleh syarikat IKS bukan bumiputera. Ini semua atas sokongan daripada JAKIM yang memastikan kualiti penghasilan produktiviti mengikut hukum syarak seterusnya memberi Sijil Halal untuk memastikan industi halal ini terus berkembang.


Forum semalam turut dihadir sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed menunjukkan betapa seriusnya perancangan ini bagi meningkatkan produk halal negara ke pasaran antarabangsa.

Dr Wee turut menyarankan agar usahawan IKS yang ingin memasarkan produk ke luar negara menggunakan Pelabuhan Weifang milik Sime Darbu sebagai laluan perdagangan ke China dan Timur Tengah.

Semuanya sudah tersedia didepan mata, taklimat dan penerangan telah diberikan. Para usahawan IKS perlu ambil peluang ini untuk mengembangkan industri mereka ke pasaran antarabangsa. Naikkan jenama produk halal Malaysia ke luar negara!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA