networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, December 13, 2015

PANAS!!!Veteran UMNO Jadi Mangsa Fitnah Kenaikan Tambang Di Malaysia!!!


Bukan main ligat lagi sekarang ini ada juak-juak cuba menyerang veteran UMNO, Tan Sri Syed Hamid Albar atas faktor kiasan dan sindirannya kepada seorang menteri yang namanya tidak disebut...juak-juak yang menyerang ni kononnya berang sebab ada terpetik nama sipolan bin sipolan..

Bila dah melenting mula lah bersilat kaitkan dengan kenaikan harga tambang bahawa Tan Sri Syed Hamid adalah individu yang bertanggungjawab menaikkan tambang pengangkutan awam di Malaysia...wow!mudahnya tuduhan ini...semudah menyerang YAB Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dengan tuduhan 1MDB...

Setiap kali kenaikan tambang SPAD hanya orang perantara...keputusan sebenarnya dibuat di dalam kabinet..tapi orang dalam kabinet sendiri tak tahu?hairan sungguh...tak semena-mena Veteran inilah yang dihukum tanpa belas kasihan...agaknya sudah jadi tren pula dalam UMNO...isu tak hadam..balun tetap balun...

Najib pun dah cakap kenaikan tambang ERL daripada RM 35 kepada RM 55 sebab apa...dan kenaikan tambang pengangkutan awam sebelum-sebelum ini pun bukan sebab SPAD yang berkuasa naikkan...inilah Tan Sri Syed yang kita kenal..dia tidak kisah bila mana terpaksa menjadi punching bag kerajaan bila kenaikan tambang..tapi jangan lah datang jumpa dia lagak ala gengster tuduh dia yang menaikkan tambang..melentinglah dia...melenting-melenting dia pun masih beradap...tiada pula sebut nama...engkorang yang kutuk Tan Sri sebab engkorang ingat Tan Sri tuduh boss korang tak nak ke tanya Tan Sri sendiri kenapa dia melenting?pergilah tanya...

Jika dilihat apa persamaan serangan ke atas Najib dengan 1MDB dan Kenaikan Harga Tambang dengan Tan Sri..kedua-dua individu yang menyerang ini adalah orang yang berada dalam kabinet cuma individunya berbeza...siapa?toksahlah aku nak sebut...(berkiaslah katakan)

Mula-mula katanya Tan Sri maksudkan Sipolan A...selepas tu kaitkan pula dengan Sipolan B...kedua-dua nama ini hanya spekulasi sahaja..betul atau tidak 2 individu ini yang dimaksudkan hanya Tan Sri Syed yang tahu...bagi aku veteran UMNO ini mengambil pendekatan yang sama dengan Najib cakap masa PAU semalam..."Orang melayu ini menegur beradap..berkias..tidak membalun depan-depan"..tiada pun nama individu dimaksudkan disebut...

Tetapi general-general perang ala taliban bukan main melompat lagi bilamana dapat tahu kononnya 'KAPITEN' mereka disebut...walhal tidak tahu pun betul atau tidak individu itu yang dimaksudkan...usahlah jadi macam pakatoon cepat sangat menghukum tanpa siasat...

Buat yang menuduh Tan Sri Syed mempunyai kuasa MUTLAK SENGAJA NAIKKAN harga tambang..pegi study balik macamana prosedur naikkan tambang di Malaysia..jangan study negara Bangladesh pula..nanti engkorang dapat kadar lebih rendah siap pakej penumpang boleh naik atas bumbung..

Pergi srudy apa peranan kabinet setiap kali sebelum menaikkan tambang...malu nanti bila duduk dalam kabinet tapi isu kenaikan tambang tak tahu apa-apa...tuduh pula TAN SRI SYED yang sengaja naikkan...setahu aku jikalau Tan Sri ada kuasa menetapkan harga tambang dah lama tambang pengangkutan awam diturunkan...

Nak bercakap atau bertanya dengan orang yang lebih tua tu bagilah salam..jangan main terjah saja...tak ada adab namanya tu...siapa menteri itu?biarlah hanya Tan Sri yang tahu..toksahlah nak menuduh-nuduh...UMNO sama UMNO gaduh...Pakatoon tepuk tangan saja...kalau nawaitu nak menyerang pergilah serang pakatoon..yang serang orang dalam UMNO sendiri buat apa?aiyak!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA