networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, December 13, 2015

Pemimpin Pakatan Perlu Menentang Fahaman Ekstremis Yang Menggugat Keharmonian Negara!


Ekoran daripada tersebarnya sekeping gambar Nurul Izzah bersama anak perempuan bekas ketua penceroboh Lahad Datu, Jacel Kiram, masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir subversif yang mampu menganggu gugat keharmonian negara...

Biarpun Nurul Izzah sudah meminta maaf, tindakan seumpama itu harus dijauhi agar ianya tidak menjadi barah yang meracuni pemikiran rakyat. Sekarang ini negara kita sedang menerima ancaman secara senyap terhadap kumpulan militan seperti IS..

Melalui data polis, kira-kira 50,000 pihak bersimpati terhadap kumpulan pengganas IS di negara kita dan jumlah itu semakin meningkat. Itu yang menjadi kerisauan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika merasmikan Seminar Keselamatan Negara dan Ancaman Militan IS semalam...

DS Liow mengingatkan rakyat agar tidak terpengaruh dalam apa jua fahaman militan penceroboh Lahad Datu, Abu Sayaf dan IS yang sekarang ini semakin membimbangkan..

Bayangkan 1 peratus daripada jumlah 50,000 yang bersimpati kepada IS menjadi radikal dan ekstremis ia akan merosakkan keharmonian negara. Pada masa yang sama pihak luar akan mula campur tangan urusan dalam negara kita atas alasan untuk menghapuskan pemberontak IS...

Lihat saja di negara asia barat, campur tangan kuasa asing atas alasan mahu membebaskan daripada militan mahupun pengganas akhirnya akan menghancurkan negara..kita tidak akan lihat keamanan dan keharmoniasn sebagaimana berlaku hari ini...

Tidak hairanlah betapa risaunya Liow terhadap insiden pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel Kiram. Beliau turut menasihatkan semua pemimpin pembangkang menentang apa jua jenis ancaman ekstremis yang boleh memudaratkan keharmonian dan perpaduan negara...

Pemimpin pembangkang seharusnya berpolitik cara matang agar tidak menjudikan nasib rakyat negara kita. Kerana busuk hati dengan kerajaan sedia ada sampai penganas Sulu yang menceroboh negara kita pun dikatakan sandiwara UMNO...mentaliti ini seharusnya dijauhi..ia semacam jadi amalan pakatan..sanggup memburukkan negara dimata dunia kerana mahu orang luar memandan serong kepada negara kita..akhirnya nanti tindakan ini merugikan negara kita juga..keselamatan negara terancam, kuasa pelabur menurun dan imej negara tercemar untuk dilawati...

Bila semua ini terjadi, senang saja alasan mereka..ini semua salah kerajaan BN...mudah je kerja pembangkang!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA