networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, December 6, 2015

Penyusunan Semula Laluan Bas Henti-Henti - @SPADChannel Edar Risalah Beri Informasi Kepada Pengguna.. @AduanSPAD


Umum telah mengetahui bahawa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menyusun semula perkhidmatan bas henti-henti disekitar kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang yang mana beroperasi pada 1 Disember yang lalu...Saya ada menulis tentang perubahan ini bertajuk "Laluan Bas Henti-Henti Di KL-Lembah Klang Disusun Semula Bagi Meningkatkan Kualiti Pengangkutan Awam".

Pihak SPAD mengetahui bahawa pengguna pengangkutan awam itu pasti menghadapi masalah ekoran kekurangan maklumat dan terkejut dengan perubahan ini..sebenarnya ia keputusan menang-menang yang mana memudahkan pengusaha bas dan penguna..perubahan ini tidak ditinggalkan begitu sahaja oleh SPAD...sejak beberapa hari lepas, SPAD telah mengarahkan petugas mereka untuk mendekati pengguna bagi menyampaikan risalah tentang perubahan ini...


Setakat ini, semua pengguna yang ditemui melahirkan rasa terima kasih kerana keprihatinan SPAD mengedarkan maklumat penyusunan semula Bas ini di beberapa lokasi-lokasi yang terlibat iaitu :
  1. Sekitar Hab Munshi Abdullah, KL Sentral dan Pasar Seni
  2. Sekitar Hab Pudu
  3. Sekitar Kawasan KTM Serdang
  4. Sekitar Kelana Jaya
  5. Sekitar KLCC dan Ampang Park.
  6. Sekitar Seksyen 2, Shah Alam
  7. Sekitar Kawasan Kota Damansara
  8. Sekitar Sunway
  9. Sekitar KLCC dan Taman Maluri
  10. Sekitar Shah Alam
  11. Sekitar Kelana Jaya, Pasar Seni, Klang Lama dan Mid Valley
Semasa menyampaikan risalah berkenaan perubahan ini, para petugas turut memberi makluman dan informasi bagi kemudahfahaman para penumpang. Ia tindakan yang amat tepat sekali memandangkan perubahan ini baru berkuatkuasa..

Pihak SPAD menghargai segala aduan dan pandangan pengguna mereka di laman sosial Facebook dan Twitter.. Perubahan ini sebenarnya memerlukan komitmen dan kerjasama pengendali dan pengguna dalam melancarkan operasi perkhidmatan bas henti-henti ini..Perubahan hari ini sebenarnya untuk manfaat akan datang..apa yang dijanjikan daripada perubahan ini adalah masa menunggu dan perjalanan akan lebih pendek dan tersusun..

Berikut adalah beberapa keping gambar petugas SPAD mengedarkan risalah kepada pengguna...










No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA