networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, December 3, 2015

SIRI 1 - "Keuntungan McDonald's Untuk Beli Peluru Israel" Hanya Fitnah Dangkal Dan Cerita Rekaan!!!!


Ini realiti berlaku di negara kita, setiap kali Israel melancarkan serangan ke atas bumi Gaza yang jadi mangsa kepada kekejaman ini adalah Francais Makanan McDonald's..

Bermacam-macam tohmahan dilabelkan ke atas McDonald's..antara alasan yang kerap digunakan ialah "Keuntungan McDonald's Malaysia digunakan untuk membeli peluru Israel" "Setiap ringgit berbelanja di McDonald's Ibarat Sebutir Peluru untuk Israel". Ini membuatkan saya hairan..maklumat ini pula disebarkan disegenap aplikasi Facebook dan WhatsApp..

Kempen boikot ini dilakukan untuk menunjukkan kita sokong rakyat Palestin..adakah ini caranya?jawapannya meleset dan tidak tepat sama sekali..

Tahukah anda bahawa McD Malaysia mempunyai sejumlah 12,000 kakitangan dimana lingkungan 95% terdiri daripada masyarakat Malaysia...tidak ada langsung kakitangan McDonald's Malaysia warganegara Israel..bilamana Boikot McDonald's makanya hasil jualan tidak banyak pasti terjejas dan kesan daripada tindakan ini akan dirasai oleh anak tempatan kita juga..

Kita semua anti Israel kerana melakukan kekejaman ke atas Palestin tapi dalam tidak sedar tindakan boikot McDonald's telah menghukum anak tempatan sendiri yang bekerja di McDonald's..apakah ini tidak dinamakan melakukan kekejaman terhadap manusia lain..kita marah Israel kejam tapi kita lakukan kekejaman kepada pekerja McD..tiada bezanya Israel dengan yang boikot McDonald's...

Umum mengetahui McDonald's menjual makanan dan hasil jualan, keuntungan atau royalti restoran-restorannya tidak langsung disedekah dan digunakan untuk menyokong sebarang konflik politik atau keagamaan yang berlaku di mana-mana negara. Dalam bahasa mudah McDonald's tidak menyumbangkan dana kepada Israel dan mana-mana negara untuk tujuan peperangan...

Setakat ini terdapat lingkungan 270 buah restoran McDonald's di seluruh negara dan ianya akan meningkat kepada 500 buah..peningkatan ini akan membuka sebanyak 11,500 pekerjaan baru..bukan senang nak bina kekuatan ekonomi apatah lagi memberi rezeki kepada puluhan ribu orang..yang tukang boikot senang-senang sahaja menjejaskan usaha ini...

Ada yang memberi alasan bahawa mereka memboikot kerana pemilik McDonald's berbangsa Yahudi..ini sebenarnya MELESET dan TIDAK BENAR..sebenarnya McDonald's tidak dimiliki mana-mana individu..ini kerana McDonald's adalah sebuah syarikat yang sahamnya diperdagangkan kepada awam di Bursa Saham New York (NYSE) sejak 1965 lagi..pemegang saham McDonald's bukan seorang tetapi lebih 1.8 juta pemegang saham dan yang paling penting tiada seorang pun pemegang saham memiliki lebih daripada 10% sahamnya...

Apakah waras tindakan Boikot McDonald's?tepuk dada tanya diri sendiri...

*bersambung....

3 comments:

taqem said...

ini adalah pendapat penulis atau kenyataan rasmi mcdonald malaysia?

Harapan Esok said...

Pendapat peribadi + sedikit maklumat carian daripada McD..nantikan tulisan seterusnya...

Anonymous said...

Senang je desak McD Malaysia buat majlis grand cek besar2 donation kepada palestine bagi media coverage local dan international... buat secara terbuka rasa2 McD Malaysia brani x??? Peace :)

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA